Category: Hiburan

(HIBURAN) TEATER “ PROJEK KAHWIN “

IMG20140526161314 (2)

Setelah kejayaan mementaskan teater komedi, Maduku Kalut, MASK Team kini berkolaborasi bersama IIAN Enterprise dengan mementaskan sebuah teater humor dokumentari yang bertajuk ‘Projek Kahwin’. ‘Projek Kahwin’ akan dipentaskan pertama kalinya di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga 14 Jun 2014 pada jam 8.30 malam. Pementasan teater ini melibatkan 10 persembahan di mana pada 7 dan 14 Jun 2014 diadakan persembahan matinee di sebelah petang. Read more →

(HIBURAN) AIZAT AMDAN : PELANCARAN ALBUM ‘LEGASI’

10007469_10152418617648351_6806489510778662058_naizat GMO

Tanggal 27hb Mei 2014 menjadi satu detik penting bagi Aizat Amdan apabila nama yang tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air ini bakal melancarkan album ketiganya yang berjudul ‘Legasi’. Banyak keistimewaan yang terdapat pada album ‘Legasi’ menerusi beberapa ciri pada album tersebut, yang pasti akan memberi kepuasan kepada sesiapa yang memilikinya. Read more →

(HIBURAN) Hafiz & Friends di Hard Rock Cafe Melaka

GRP_9848

Buat julung kalinya, peminat muzik di Melaka bakal dihiburkan oleh tiga penyanyi hebat iaitu Hafiz, Akim Ahmad dan Hazama menerusi persembahan yang dinamakan Hafiz & Friends yang akan berlangsung di Hard Rock Cafe Melaka pada 22 Jun 2014, jam 9 malam. Read more →

(HIBURAN) Imaginasi Zizan Razak dalam “ABANG LONG FADIL”

POSTER ABANG LONG FADILcrop

“ABANG LONG FADIL” adalah parodi dan kesinambungan filem “KL GANGSTER”. Mengisahkan tentang kehidupan Fadil setelah sahabat baiknya Malik dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun. Fadil tidak mahu lagi masuk campur dalam dunia gangster dan mahu bebas dari geng Shark, tetapi dia perlu melaksanakan satu tugasan terakhir sebagai hadiah untuk layak membebaskan diri daripada kumpulan gangster. Shark iaitu musuh dalam selimut kepada Malik tidak senang dengan Fadil, maka Shark membuli Fadil dengan memberikan tugasan yang dianggap mustahil bagi semua gangster-gangster di KL iaitu untuk menakluk kawasan Kampung Berani . Read more →

(HIBURAN) TEGAR tampil dengan album kedua “Kemana Kasih Sayang”

Group Photo (2)

Masih ingat lagi, penyanyi cilik yang bertemankan peralatan muzik UKULELE ? Pelantun suara untuk lagu “Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang”  kembali menceriakan industri muzik nusantara dengan album terbaru beliau berjudul  “Kemana Kasih Sayang”.  Penyanyi cilik yang berasal dari Jawa Barat ini mula mengemis seawal umur 7 tahun untuk mencari rezeki di jalanan. Hidupnya berubah apabila seorang operator komunikasi bernama Alfas Hermansyah mengesan  bakat anak muda ini  dan membawa beliau ke syarikat rakaman HARPA RECORDS. Lagu “Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang”  ternyata membawa tuah kepada TEGAR apabila lagu tersebut meletup di corong radio bukan sahaja di Indonesia malahan di Malaysia. Read more →