Category: Hiburan

(HIBURAN) EDISI TERHAD AIS KRIM CORNETTO TAYLOR SWIFT BLACKFOREST RED PELUANG TERAKHIR UNTUK MEMENANGI PAS TAYLOR SWIFT THE RED TOUR MEET & GREET, PAS PIT STANDING, TIKET KONSERT, PAS BACKSTAGE DAN BARANGAN TAYLOR SWIFT

red-tour-singapore

Cornetto, pilihan utama ais krim di kalangan remaja, memperkenalkan ais krim Cornetto Taylor Swift Blackforest RED edisi terhad sempena penajaan eksklusif bersama penulis kisah cinta unggul iaitu Taylor Swift yang juga merupakan pemenang Anugerah GRAMMY sebanyak tujuh kali dengan Konsert The Red Tour. Read more →

(HIBURAN) AZTECA DAN ASTRO BEKERJASAMA DALAM MEMORANDUM PERSEFAHAMAN PENERBITAN DAN PENGEDARAN

image008

Antara pengeluar rancangan televisyen bahasa Sepanyol terbesar di dunia, Azteca, dan Astro, penyiar televisyen berbayar terkemuka di Asia Tenggara telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)- bagi penerbitan dan pengedaran telenovela. MoU ini melibatkan tiga pihak, iaitu Azteca, Astro dan  Global Station, syarikat produksi Malaysia yang telah menerbitkan beberapa siri drama yang berjaya mendapat sambutan paling hebat di Malaysia. Ini merupakan peristiwa penting bagi ketiga-tiga pihak dan menandakan satu perkongsian erat jangka panjang bersandarkan kekuatan setiap pihak apabila Astro dan Global Station akan bersama-sama menerbitkan format telenovela Azteca yang diadaptasikan bersesuaian dengan penonton di Malaysia dan serantau. Di samping itu, Azteca akan menguruskan pengedaran antarabangsa telenovela yang telah dihasilkan. Read more →

(HIBURAN) PENCALONAN 10 TERATAS GOLDEN AWARDS 2014 SECARA RASMI DIUMUMKAN!

image004 (1)

Rancangan anugerah yang mengiktiraf bakat-bakat tempatan dan menyediakan ruang dan peluang buat industri hiburan Cina Malaysia untuk terus berkembang – Golden Awards – kini bakal kembali pada tahun ini. Malah pada sidang media khas yang berlangsung di The Royale Chulan Damansara Hotel pada 9 April itu, Saluran Ceria Anda, ntv7 telah mengumumkan 10 pencalonan teratas bagi setiap kategori yang dipertandingkan pada tahun ini bagi merebut gelaran pemenang pada malam kemuncak anugerah itu yang bakal diadakan pada 20 September 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Read more →

(HIBURAN) AMERICAN IDOL kini bersiaran di ntv7

image003small

Tiada siapa yang mampu menyangkal bahawa rancangan realiti siri pertandingan nyanyian yang terkenal di seluruh dunia, American Idol telah berjaya mencipta ramai penyanyi hebat. Antaranya Kelly Clarkson yang telah 3 kali memenangi anugerah Grammy dan Philip Philips yang mempunyai lagu single hit terlaris berjudul “Home.” Ternyata produk yang dihasilkan siri berjaya mendapat tempat di industri muzik di seluruh dunia. Lantas ntv7 kini menyiarkan rancangan American Idol musim ke-13 buat tontonan rakyat Malaysia bermula 22 Mac lalu dan akan bersiaran setiap hari Sabtu, jam 8.30 malam. Read more →

(HIBURAN) 32 rekrut bakal berentap di dalam program THE BAND

1D4_9403

The Band ialah program TV realiti pencarian bakat nyanyian baru yang julung kali diadakan di Malaysia untuk menubuhkan sebuah kumpulan pop lelaki dan sebuah kumpulan pop wanita bertaraf antarabangsa. The Band bakal ke udara di Astrio Ria (Saluran 104) dan tayangan serentak di Mustika HD (saluran 134) bermula pada 7 April 2014 nanti. The Band bakal diterajui oleh Awal Ashaari sebagai Hos konsert, penyampai ERA iaitu Shac diberi tugas mengacara dairi Whazzup The Band manakal Damian Mikhail, Alam Wakaka dan Wahyu Rahman mengalas tugas selaku tenaga pengajar. The Band juga bakal menyaksikan penglibatan Datuk Aznil Hj Nawawi, Yusri Abdul Halim (KRU) dan Syafinaz Selamat sebagai juri tetap. Read more →