Category: Hiburan

(HIBURAN) Pementasan Geng Lawak @ PICC

EDI_3017

Menjelang  sambutan tahun baru 2014, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ingin memberikan sentuhan baru yang lebih mesra dengan menganjurkan Sambutan Tahun Baru 2014 @PICC pada 31 Disember 2013. Ini merupakan julung kali acara sebegini diadakan di PICC. Bermula seawal jam 10.00 pagi, Bazar @PICC akan berlangsung di foyer aras Concourse dan akan berlanjutan sehingga jam 12.00 tengah malam. Bazar ini akan diadakan selama dua hari bermula dari 31hb Disember 2013 sehingga 1hb Januari 2014. Walaubagaimanapun pada malam tahun baru akan diceriakan  dengan pelbagai acara menarik untuk seisi keluarga seperti persembahan terbuka dan percuma dari kumpulan ‘Buskers & Clown’. Read more →

(HIBURAN) Persengketaan Dua Beradik Demi Harta dan Cinta dalam “KALIMAH JIWA”

Barisan pelakon utama Kalimah Jiwa

Air Di Cincang Tak Akan Putus”. Namun hubungan Aniq dan Afiq tidak seperti adik beradik yang lain. Afiq membenci Aniq kerana ibunya sering menyebelahi abangnya sejak kecil. Malah Afiq sanggup menggunakan Aina yang tidak berdosa untuk membalas dendam dan mendapatkan harta yang dimiliki oleh abangnya… Read more →

(HIBURAN) OH MY ENGLISH! JELAJAH KE LUAR NEGARA DALAM TELEFILEM HELLO AMERICA

image002 (2)crop

Astro akan membuka tirai tahun baru 2014 dengan menampilkan sebuah lagi karya telefilem istimewa daripada siri Oh My English yang difilemkan di Amerika Syarikat berjudul ‘Oh My English! – Hello America’. Telefilem ini akan disiarkan pada 15 Januari 2013, jam 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 610) dan siaran serentak berdefinisi tinggi di Astro Maya HD (Saluran 135). Read more →

(HIBURAN) FILEM TOKAN

Group Photo (3)editGMO

Filem TOKAN merupakan filem kedua keluaran Pensil Pictures Sdn. Bhd . Filem ini mendapat kerjasama pengedaran melalui MIG Pictures Sdn. Bhd. ini menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Zizan Razak, Johan Asari, Pekin Ibrahim, Sofi Jikan, Wan Hanafisu dan Liyana Jasmay. Filem aksi arahan Ghaz Abu Bakar akan memulakan tayangan di Malaysia pada 26 Disember 2013. Read more →

(HIBURAN) Filem Balistik

IMG_3974GMO

Balistik merupakan sebuah filem aksi yang mengangkat tema gangsterism dengan suntikan drama dan kasih sayang selain membawa mesej tersendiri kepada penonton tempatan. Filem yang diterbitkan oleh produksi milik pelakon terkenal, Rosyam Nor  iaitu Suhan Movies ini bakal memeriahkan industri perfileman tempatan. Filem ini dibarisi oleh pelakon-pelakon popular seperti Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Raykarl, Dato’ Rahim Razali, Jack Lim dan Mei Yan.   Read more →