‘Dalamnya cinta tidak disedari, sehingga tiba pada saat perpisahan.’ Begitulah keluhan Azlan yang telah menceraikan isterinya, Shahanim dengan talak tiga tetapi berusaha untuk mendapatkan bekas isterinya kembali dengan cara ‘Cina Buta’. Saksikan kemelut cinta antara Azlan, Shahanim dan Zahim dalam paparan drama, “Korban Kasih” yang bakal disiarkan menerusi slot Cerekarama, hari Sabtu ini (20 Julai) jam 10.00 malam. Read more →
Category: Hiburan
(HIBURAN) “Ya Maulana” cetusan hati OPICK
Nama besar dalam industri muzik islamik Indonesia iaitu Aunur Rofiq Lil Firdaus atau lebih dikenali sebagai OPICK telah melahirkan album ke 9 beliau yang berjudul “ Ya Maulana”. Bertempat di Restoran Hadramawt, Kuala Lumpur telah berlangsungnya majlis pelancaran album tersebut yang mana pihak media telah diperdengarkan secara langsung 2 buah lagu dari album “Ya Maulana” yang dinyanyikan sendiri oleh OPICK. Beliau yang popular dengan lagu “Tombo Ati” pada sekitar tahun 2005 telah pun mempunyai 8 buah album sehingga hari ini antaranya Istighfar (2005), Semesta Bertasbih (2006), Ya Rahman (2007), Cahaya Hati (2008), Di Bawah Langit (2009), Shollu Ala Muhammad (2010), The Best Of Opick (2011) dan Salam Ya Rosulullah (2012). Mengenai album ke 9 beliau iaitu “Ya Maulana” , album yang diedarkan di Malaysia oleh InTeam Records Sdn Bhd ini mengandungi 10 buah lagu iaitu Ya Maulana, Ku Tak Pernah Layak, Berapa Jarak, Ajari Aku, Ya Robbana (feat Agus Idwar dan Harry BPM), Tenang, Tanpa Dirimu, Terima Kasih Ayah (feat Adiba Khanza Azzahra yang merupakan puteri pertama sahabat baik beliau Allahyarham Ustadz Jerfi Al Buchorie), Aku Percaya dan Ya Muhammad Ya Rosulullah. Kesemua lagu dan melodi di dalam album ini dicipta sepenuhnya oleh OPICK sendiri. Read more →
(HIBURAN) Finalis Anugerah Lawak Warna astro
Sebanyak 15 anugerah terbaik, empat anugerah popular dan satu anugerah Khas Juri bakal menjadi rebutan dalam Anugerah Warna anjuran Astro yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 15 Ogos ini dan ianya dan akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dan serentak dengan Astro Mustika HD (saluran 134) dalam pakej Mustika. Read more →
(HIBURAN) Unsung Places – Echoes of Ummah
HAYATI RAMADAN DI INDOCHINA DAN NEPAL BERSAMA FAKHRULRADHI
Program travelog “Unsung Places” yang membawa penonton TV3 menjelajah dan menerokai destinasi luar biasa dengan tarikan tersembunyi kembali dengan paparan yang lebih menarik dan segar di bulan Ramadan ini. Khusus buat tatapan penonton setia TV3, Unsung Places – Echoes of Ummah bakal membawa penonton menelurusi kisah penduduk minoriti Islam di Laos, Kemboja, Vietnam dan Nepal. Read more →
(HIBURAN) ” Kampung Girl ” Kisah Dua Hati Yang Berbeza Taraf
Selepas ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ berjaya mencipta fenomena luar biasa saban minggu dan telah melabuhkan tirai pada minggu lalu, tumpuan bakal beralih ke sebuah lagi drama siri romantik komedi 13 episod berjudul ‘Kampung Girl’ yang menampilkan Akim Ahmad sebagai Ashraf Khairi dan Nad Zainal sebagai Ainnur Azmi di bawah arahan sutradara Heykal Hanifah manakala garapan skrip oleh Heykal sendiri bersama Eja Lorena dan Zakinah Ab. Zarith. Read more →





