Category: Hiburan

(HIBURAN) ‘Iamneeta’ mempertaruhkan single terbaru -Terima Kasih

KUMPULAN IAMNEETA KEMBALI DENGAN SINGLE KE-2 ‘TERIMA KASIH’

Kumpulan Iamneeta yang dikenali melalui laman Youtube , dan dikenali dengan usaha mereka iaitu dengan banyak membuat persembahan dimana-mana tempat , dan membuktikan keupayaan mereka dengan lagu demi lagu ciptaan mereka sendiri , mereka  telahpun mengeluarkan single terbaru dan kedua yang bertajuk “Terima Kasih” , single sebelum ini yang bertajuk “Tuhan Tolong Aku” telah menampakkan versatile muzik pop alternative yang menarik . Read more →

(HIBURAN) ‘Patah Seribu’ membawa tuah kepada Shila Amzah di malam AIM 19

Setelah berjaya menjadi juara di pertandingan Asian Wave 2012 pada 17 September lalu di Shanghai, China, Shila Amzah buat pertama kalinya menerima pengiktirafan di negara sendiri apabila memenangi kategori lagu terbaik di AIM ke 19  melalui lagu “Patah Seribu”. Acara AIM 19 telah dihoskan oleh Aznil Hj Nawawi dan Adibah Nor dan turut menampilkan persembahan hebat seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz ,GX4, Nirwana, Stephen Rahman Hughes dan Forteen serta Jimmy Palikat.  Read more →

(HIBURAN) Anugerah Skrin 2012 MERAIH 4 JUTA PENONTON!

Petaling Jaya, 14 November 2012  – Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012), anugerah paling berprestij dekad ini  telah menyaksikan kemenangan besar drama ‘Di Telapak Kaki Bonda’ terbitan Filmscape Sdn Bhd di bawah arahan Kabir Bhatia yang menggondol 4 anugerah utama iaitu Drama Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon TV Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama di samping meraikan Bunohan sebagai Filem Terbaik. Read more →

(HIBURAN) Majlis Pra Tonton Filem ‘Sepah The Movie’

12 November 2012 – Majlis pra tonton filem Sepah The Movie telah berlangsung dengan jayanya di e-Curve , Damansara. Filem terbitan PTV Film ini bakal menemui penonton di pawangan pada 29 November 2012. Filem lakonan kumpulan Sepah ini turut dibintangi oleh bakat baru seperti Anzalna dan Ramona Zam Zam serta pelakon berpengalaman Jehan Miskin. Read more →

(HIBURAN) Majlis Pelancaran Yayasan Artis 1 Malaysia

Tanggal bersejarah 11 November 2012 , Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia,   YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak  di Dewan Merdeka PWTC. Turut hadir ialah Menteri Penerangan dan Komunikasi serta Kebudayaan Malaysia YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim. Hasrat penubuhan YA1M ialah mengembleng seluruh artis tidak kira bangsa , agama dan keturunan dalam industri hiburan ini ke dalam satu organisasi yang berasaskan ekonomi dan kebajikan para artis. Yayasan ini dikemudi oleh barisan ahli jawatankuasa eksekutif yang diketuai oleh Datuk DJ Dave sebagai Presiden. Pada malam bersejarah ini juga, YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan dana berjumlah RM 5 juta selama 2 tahun iaitu RM2 juta untuk tahun ini dan RM3 juta untuk tahun hadapan untuk yayasan ini. Read more →