Category: Hiburan

(HIBURAN) SEARCH ‘KIDDIN’ & SPIDER – GEGARKAN PANGGUNG ANNIVERSARI

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), selaras dengan komitmen berterusan terhadap pengembangan seni muzik dan budaya di Kuala Lumpur, memperkenalkan Semarak Seni @ Panggung Anniversari 2026, sebuah inisiatif berterusan bagi menghidupkan semula Panggung Anniversari, antara pentas seni paling ikonik dan bersejarah di Kuala Lumpur. Read more →

(HIBURAN) WINGS ORANG KITA: SEMANGAT WINGS TERUS HIDUP, ERA BAHARU BERMULA

Kuala Lumpur, 16 Januari 2026 – Bersedia untuk malam yang istimewa! Rumah Produksi Merah mempersembahkan Wings Orang Kita, sebuah konsert khas yang menghimpunkan legasi, semangat dan pembaharuan daripada kumpulan legenda rock tanah air, Wings. Konsert ini bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 Januari 2026, menjanjikan sebuah malam penuh emosi dan pengalaman muzik yang bermakna buat para peminat. Read more →

(HIBURAN) MAK #SalamDariSyurga : Sebuah Filem Tentang Doa Ibu, Pengorbanan Anak dan Harga Sebuah Kebenaran

Kuala Lumpur – Filem Mak #SalamDariSyurga tampil sebagai sebuah karya drama jenayah beremosi tinggi yang mengangkat kisah pengorbanan, keadilan dan kasih seorang ibu di sebalik realiti gelap pemerdagangan manusia. Berlatarbelakangkan sebuah kampung di negeri Kedah, filem ini menyelami konflik peribadi dan sosial yang jarang dipaparkan dari sudut pandang keluarga dan komuniti luar bandar. Read more →

(HIBURAN) “AKAD YANG HILANG” : FILEM BERANI MENGANGKAT REALITI NIKAH TIDAK SAH & STIGMA ‘ANAK HARAM’ DALAM MASYARAKAT

Kuala Lumpur, 13 Januari 2026 – Isu perkahwinan tidak sah bukan sekadar masalah undang-undang, namun ia adalah realiti yang boleh menjejaskan masa depan keluarga. Astro Shaw membuka tirai tahun 2026 dengan filem Akad Yang Hilang, mengetengahkan realiti yang wujud dalam masyarakat kita yang jarang dibincangkan iaitu nikah fasid. Read more →

(HIBURAN) IRFAN HARIS SINGKAP EMOSI DALAM SINGLE TERBAHARU “TOLONG”

KUALA LUMPUR, 9 JANUARI 2026 — Sebagai pembuka tahun 2026, penyanyi muda berpengalaman, Irfan Haris memilih untuk memulakan langkahnya dengan sebuah doa yang dilagukan. “Tolong” bukan sekadar sebuah single, tetapi luahan rasa tentang cinta, ketakutan dan kebergantungan yang sering terpendam. Selepas kejayaan “Rasa & Takdir”, duet istimewa bersama kakak kesayangan, Amira Othman yang meraih hampir 4 juta tontonan di YouTube, karya terbitan Sony Music Entertainment Malaysia ini menzahirkan kematangan seorang penyanyi yang semakin yakin mendakap kejujuran emosinya. “Tolong” bukan lagu yang dibina untuk mengejar sensasi, sebaliknya memilih untuk berdiri dalam ruang yang lebih tenang dan jujur, sebuah ruang dimana emosi dibenarkan bernafas, dan perasaan tidak perlu disembunyikan. Read more →