Category: Hiburan

(HIBURAN) RESAH — ALIAH ADILAH

Aliah Adilah atau panggilan manjanya sebagai Dilla merupakan seorang Pelajar Diploma Music (Majoring in Vocal) UITM, Shah Alam. Dilla sangat meminati bidang nyanyian sejak kecil lagi. Beliau kerap memasuki pertandingan nyanyian dan membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan dan majlis makan malam. Mempunyai mutu vocal tersendiri hasil pembelajarannya, Dilla mempunyai minat melantunkan suara dalam genre Balada, Pop, Klasik dan Ethnik Malaysia. Read more →

(HIBURAN) TAPAUFEST 2022: TEROKAI ARTIS INDIE TERBAIK ASIA TENGGARA DAN ALAM SEMULAJADI DI LENGGONG!

Festival indie Asia Tenggara – TAPAUfest kini kembali dengan keunikan dan kepelbagaian tarikan. TAPAUfest 2022 kali ini menggabungkan elemen alam semula jadi dan seni di lokasi yang  jauh dari kesesakan bandar namun mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri iaitu di Lenggong, Perak. Ini bermakna komuniti muzik indie Asia Tenggara bakal berkumpul dan beraksi dikelilingi alam yang indah! Read more →

(HIBURAN) Adakah Nadi Anaqi akan teruskan legasi Zahiril Adzim dalam dunia seni ?

Aktor terkenal, Zahiril Adzim, 38, tidak akan menghalang jika anaknya Nadi Anaqi, 9, mengikut jejak langkahnya menceburi bidang seni pada masa depan. Read more →

(HIBURAN) PENGANJURAN KONSERT ROSSA 25 TAHUN DI KUALA LUMPUR BAKAL MANFAAT PENDIDIKAN ANAK BANGSA

KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2022 – Setelah kejayaan penganjuran siri jelajah konsert “Rossa 25th Shining Years Concert” di Jakarta, Bandung, Surabaya yang menyaksikan kehadiran lebih 15,000 penonton, kini Dato’ Sri Rossa telah tiba di Malaysia bagi mempromosikan siri Jelajah Konsert “Rossa 25th Shining Years Concert” dan merupakan Konsert Solo Pertama sejak pandemik 2020 yang akan berlangsung di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 2 November 2022 ini. Turut diadakan penyerahan bantuan pendidikan ke Menara Gading kepada pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan dalam kategori asnaf dan B40 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Aizuddin Mohd Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan YBhg. Dato’ Sri Rossa sendiri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada hari ini. Sumbangan berbentuk dana kewangan, komputer riba dan barangan keperluan yang diberikan ini adalah hasil dari jualan tiket Konsert Rossa 25 Tahun yang telah terjual sepanjang bulan September. Read more →

(HIBURAN) ASTRO ORIGINALS PERSEMBAHKAN DRAMA PREMIUM DIINSPIRASIKAN DARIPADA PERISTIWA YANG BERLAKU DI MALAYSIA, ‘ONE CENT THIEF’

Kuala Lumpur, 4 Oktober 2022 – Astro Originals mempersembahkan sebuah drama premium terbaru, ‘One Cent Thief’ yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia dan masih diperkatakan sehingga kini, dan kemudian diolah menghasilkan sebuah jalan cerita baru dengan diselitkan nilai komersial untuk tontonan.  One Cent Thief mengisahkan tentang Iman Shah seorang pekerja bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang abahnya kepada ceti haram. Dengan menggunakan kepintarannya, dia telah  menggodam sistem Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar. Read more →