Category: Semasa

(SEMASA) Hafiz juara “Pencetus Ummah” musim pertama

LAN_2286

Hafiz diumumkan sebagai Juara dalam program Pencetus Ummah di Mimbar Akhir Pencetus Ummah musim pertama. Keputusan pemenang diumumkan oleh pengacara program tersebut, Dr Ridhuan Tee. Gelaran Naib Juara dimenangi oleh Shahul, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Yeop dan Rahmat menjadi pemenang tempat keempat. Program akhir Pencetus Ummah disiarkan secara langsung di saluran Astro Oasis. Read more →

(SEMASA) Antabax & AEON dengan Sokongan Yayasan AEON Malaysia Lancar Kempen ‘Rising Together, Miracle Pine’ Bantu Badan Amal

AA2

Rangkaian penjagaan diri antibakteria Antabax dan peruncit terkemuka AEON CO (M) Berhad bekerjasama dalam kempen amal ‘Rising Together, Miracle Pine’ bagi membantu golongan kurang bernasib baik. Pelancaran inisiatif ini diadakan di pusat beli belah 1Utama. Read more →

(SEMASA) PROGRAM-PROGRAM TERBARU 2014 DI RAUDHAH LIN NISA’ TV9

RAUDHAH (2)

Pada 23 Disember yang lalu, telah berlangsung sidang media untuk memperkenalkan hos-hos baru program Raudhah Lin Nisa’ di TV9.   Bagi mengukuhkan lagi penjenamaan Raudhah di TV9 pada tahun 2014, Raudhah Lin Nisa’ merupakan satu jenama baru yang menghimpunkan program-program hiburan berbentuk ilmiah di TV9 yang dikhaskan untuk golongan wanita.  Antara program yang akan berada di bawah penjenamaan Raudhah Lin Nisa’ adalah Tanyalah Ustazah, Hijab Stailista, SIS, Shoutul Quran dan Safiyya. Read more →

(SEMASA) Irma Hasmie duta baru produk Radiglow

IMG_3904

Irma Hasmie secara rasminya dilantik sebagai duta baru produk Radiglow. Pengumuman ini telah dibuat sendiri oleh pengasas produk berkenaan Datin Seri Udani Mohd. Noor  bertempat di Hotel Royale Chulan . Mengulas mengenai pelantikannya sebagai duta produk Radiglow, Irma Hasmie menjelaskan bahawa dia telah menggunakan produk tersebut sebelum ini. Jelasnya, produk kesihatan yang mampu melambatkan proses penuaan itu amat serasi dengannya sehingga memaksa dia bersedia berkongsi dengan peminat. “Jika saya tidak menggunakan produk ini mungkin saya tidak berani untuk terima tawaran jadi duta. “Ia adalah produk yang bagus dan sesuatu perkara baik tidak salah saya kongsi bersama orang lain,” katanya. Selain duta produk, Irma baharu sahaja melancarkan jenama pakaiannya sendiri iaitu Debumas secara dalam talian. Untuk pengetahuan peminat Irma, selain dilantik sebagai duta produk kesihatan Radiglow selama setahun, beliau juga sibuk menjadi pengacara untuk program Assalamualaikum di TV Al-Hijrah dan menjadi duta tudung D’Haja. Read more →

(SEMASA) Izzue Islam duta terbaru produk AURAMEN

IMG_3655

Aura White Global Sdn Bhd hari ini melancarkan serta memperkenalkan duta bagi produk terbaru mereka iaitu Izzue Islam. Pelakon serta salah satu anggota kumpulan harmoni FORTEEN tersebut merupakan wajah baru bagi produk AURAMEN TURBO COLLAGEN. Izzue Islam merupakan duta kedua syarikat tersebut selepas pelakon terkenal Hanez Suraya yang merupakan duta bagi produk AURA WHITE BEAUTY. AURAMEN TURBO COLLAGEN merupakan minuman kolagen pertama khas untuk lelaki yang diformulasikan menggunakan teknologi dari Korea. Ia menggabungkan bahan seperti kolagen, whey protein, tribulus, campuran beri, saw palmetto, vitamin, stem sel dan sebagainya. Selain itu juga, pihak Aura White Global Sdn Bhd  yang diterajui oleh Puan Furyna Azmeer serta suami En. Saiful Safwan turut melancarkan produk terbaru iaitu AURAWHITE SKIN SPA serta minuman kolagen AURAWHITE STEM CELL. Read more →