Category: Semasa

(SEMASA) X-WEDGE RASMI MASUKI PASARAN MALAYSIA DENGAN PELANCARAN LIMA MODEL ULTRA-MEWAH.

KUALA LUMPUR, 2 FEBRUARI 2026 – Bersempena dengan Mforce Lou Sang Dinner 2026 yang berlangsung di M Resort & Hotel, jenama motosikal premium XWEDGE secara rasminya mengukuhkan kehadiran mereka di pasaran tempatan. Kehadiran X-WEDGE bukan sekadar satu debut biasa, malah ia membawa anjakan paradigma dalam segmen cruiser berkuasa tinggi dengan pelancaran lima model sekaligus iaitu X-WEDGE VANGUARD VT2000, X-WEDGE ROVER RL2000, XWEDGE ROVER RL2000S, X-WEDGE RANGER RX2000 dan X-WEDGE WALKER WR1000. Semua model eksklusif ini kini sedia untuk dimiliki melalui rangkaian pengedar sah Mforce di seluruh negara.

Read more →

(SEMASA) GAYA PREMIUM DAN BERGAYA: WMOTO ISLAND 150 DAN WMOTO HAWK 200i MEMASUKI PASARAN MALAYSIA UNTUK TAHUN PERTAMA 2026.

KUALA LUMPUR, 2 FEBRUARI 2026 WMOTO Malaysia hari ini secara rasmi memperkenalkan dua model terbaharunya, WMOTO Island 150 dan WMOTO Hawk 200i, bersempena sambutan Mforce Lou Sang Dinner 2026 yang berlangsung di M Resort & Hotel.

Read more →

(SEMASA) MENUNGGANG DENGAN LEBIH BERGAYA DENGAN LIMA PRODUK TERBARU LS2

KUALA LUMPUR, 2 FEBRUARI 2026 – LS2, jenama keselamatan terkemuka global, memperkukuh kehadirannya di Malaysia dengan pelancaran lima kelengkapan menunggang baharu bersempena Mforce Lou Sang Dinner 2026 di M Resort & Hotel. Barisan produk tersebut merangkumi LS2 CHAKI EVO MAN GLOVE, LS2 DART II EVO MAN GLOVE, LS2 TORRENT BOOTS, LS2 X-TERRAIN JACKET dan LS2 OF628 COMPASS.

LS2 CHAKI EVO MAN GLOVE dan LS2 DART II EVO MAN GLOVE direka untuk kegunaan urban dengan peningkatan pada sistem pengudaraan mesh dan cengkaman silikon anti-gelincir. Kedua-dua model ini mengekalkan pelindung tapak tangan keras TPU bagi memastikan keselamatan maksimum tanpa mengorbankan keselesaan harian.

Bagi perlindungan tubuh dan kaki, LS2 TORRENT BOOTS menawarkan ciri kalis air dan tahan lasak untuk semua musim, manakala LS2 X-TERRAIN JACKET

(Pensijilan CE Kelas A) hadir dengan ACF memory foam. Jaket ini sangat versatill kerana boleh dipakai sebagai lapisan dalam atau luar, sesuai untuk cuaca panas Malaysia.

Melengkapkan pelancaran, topi keledar open-face LS2 OF628 COMPASS diperkenalkan untuk kegunaan bandar yang praktikal. Diperbuat daripada HPTT dengan dua saiz cangkerang dan lima lapisan EPS, ia menawarkan perlindungan optimum bagi saiz M sehingga 4XL. Model ini juga dilengkapi modul integrasi khas untuk sistem Bluetooth.

Kesemua produk ini akan tersedia tidak lama lagi di semua pengedar sah Mforce dan CFMOTO di seluruh negara. Read more →

(SEMASA) PEJABAT BARU MFORCE KUALA LUMPUR DIRASMIKAN, PUSAT SERVIS MOTOSIKAL TERBESAR DI MALAYSIA.

KUALA LUMPUR, 1 FEBRUARI 2026 – Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mencatat satu pencapaian penting bagi suku pertama tahun 2026 menerusi Majlis Perasmian Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur yang terletak di Segambut. Read more →

(SEMASA) CFMOTO 250 DUAL: MODEL PERTAMA 2026 UNTUK ERA PENGEMBARAAN BAHARU, DIBINA DENGAN KETAHANAN DAN KAWALAN MAKSIMUM. 

KUALA LUMPUR, 1 FEBRUARI 2026 – CFMOTO Malaysia secara rasmi melancarkan model baharu CFMOTO 250 DUAL, yang turut merupakan model pertama bagi tahun 2026 daripada CFMOTO Malaysia, semasa Majlis Perasmian Pembukaan Pejabat dan Pusat Servis Mforce. Pelancaran ini menandakan satu pencapaian penting bagi jenama tersebut, memperkenalkan sebuah motosikal serba boleh dan direka untuk memberikan keyakinan kepada penunggang ketika melalui jalan bandar mahupun laluan off-road ringan. Read more →