Astro Arena bakal memperkenalkan Deskripsi Nadi Arena atau DNA yang merupakan program pemyiasatan sukan yang menangani isu-isu semasa sukan tempatan yang akan bermula pada 20 Mei setiap hari isnin, jam 9 malam di Astro Arena di saluran 801. Program ini diterajui Ahmad Khawari Isa bersama-sama Rozaini Ahmad dan Ellia Raini. Read more →
Category: Sukan
(SUKAN) Pendaftaran larian amal Feel Good Run 2013 ditutup dalam hanya 7.5 hari!
Sejarah terukir lagi tahun ini apabila pendaftaran bagi larian amal Feel Good Run ditutup dalam hanya 7.5 hari apabila seramai 5,000 pelari telah berjaya mendaftarkan diri mereka berbanding empat minggu pada tahun sebelumnya.
Ribuan pelari mendaftarkan diri mereka sejak hari pertama pendaftaran dibuka justeru membuktikan larian amal Feel Good Run yang memasuki tahun ketiganya diterima positif oleh rata-rata masyarakat yang inginkan gaya hidup sihat. Read more →
(SUKAN) Pertunjukan Petronas Motorsport 2013
KUALA LUMPUR – 17 Mac 2013 : Peminat sukan bermotor Malaysia pada hari ini mendapat hadiah istimewa apabila berpeluang menonton dari dekat aksi pelumba handalan Malaysia, Jazeman Jaafar, Hafizh Syahrin Abdullah, Fariqe Hairuman, Melvin Moh dan Dominic Ang serta barisan bintang-bintang sukan permotoran yang digilap menerusi program Pembangunan Bakat Petronas antaranya Afiq Ikhwan Yazid serta Nabil Jeffri. Read more →
(SUKAN) MALAYSIAN INVASION MIXED MARTIAL ARTS FIGHTING CHAMPIONSHIPS (MIMMA FC)

KUALA LUMPUR 6 Feb 2013 – Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo (lima dari kiri) dan Pengurus Kanan Komersial One FC, Maja Grimnitz (enam dari kiri) bergambar bersama barisan peserta tempur semasa sidang media program realiti Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Campuran Malaysia.
KUALA LUMPUR, 6 Februari 2013 – Perkembangan dan populariti Mixed Martial Arts (MMA) sebagai salah satu sukan arus perdana perdana di seluruh Asia dan di peringkat global telah menarik minat Tune Talk dimana hari ini pihak Tune Talk telah melancarkan satu program realiti MALAYSIAN INVASION MIXED MARTIAL ARTS FIGHTING CHAMPIONSHIPS (MIMMA FC). Kejohanan MALAYSIAN INVASION MIXED MARTIAL ARTS FIGHTING CHAMPIONSHIPS (MIMMA FC) dianjurkan bertujuan untuk membangunkan dan mempromosikan sukan ini kalangan kelompok belia-belia di Malaysia.
Read more →
(SUKAN) F1: Vettel catat sejarah 3 kali rangkul gelaran dunia
SAO PAULO: Sebastian Vettel muncul pemandu termuda apabila merangkul gelaran dunia kali ketiga berturut-turut dalam sejarah Formula Satu awal pagi tadi walaupun sekadar menduduki tempat keenam di belakang Jenson Button yang menjuarai perlumbaan Grand Prix Brazil. Read more →




