(HIBURAN) 2 KEJUTAN OLEH DATO’ SHEILA MAJID

Spread the love

dav

Sesuatu yang telah tertunda sekian lama dan begitu dinantikan oleh pencintanya secara khusus dan penggiat seni hiburan Nusantara amnya, satu-satunya Ratu Jazz Malaysia, Dato’ Sheila Majid kini kembali dengan album terbaharu.

sdr

Jeda 13 tahun sepi tanpa album studio penuh, selepas kali terakhir menghasilkan Cinta Kita pada tahun 2004, Dato’ Sheila menjadikan tahun 2017 sebagai tahun untuk beliau memperkenalkan sekali gus menawan khalayak dengan album kelapan yang diberi judul Boneka.

Dato’ Sheila mengambil masa selama tiga tahun untuk mengumpulkan material, sebelum semuanya berjalan lancar dan laju sebaik beliau bertemu komposer dan gitaris terkenallndonesia,  Tohpati pada tahun lalu.

Dedah Dato’ Sheila, pada asalnya beliau mahu memuatkan hanya lima buah lagu sebelum Tohpati merubah segala perancangannya. “Saya telah mengumpulkan material untuk album ini selama tiga tahun dan memikirkan untuk hanya memuatkan lima lagu sahaja.

“Bagaimanapun, selepas bertemu Tohpati pada tahun lalu, jumlahnya menjadi lapan sebelum akhirnya kami berjaya memiliki 10 buah lagu untuk dimuatkan dalam album ini,” kata Dato’ Sheila.

Biarpun mengambil tempoh tiga tahun mengumpul material, namun proses merakamkan lagu hanya memakan masa yang singkat dengan beberapa lagu dirakamkan di Indonesia dan selebihnya di Malaysia.

Menyentuh mengenai pemilihan predikat Boneka untuk album kelapan ini, ternyata ia tidak dipilih Dato’ Sheila secara semborono. Sebaliknya, Boneka yang juga merupakan single pertamanya mempunyai signifikan tersendiri.

“Sengaja  album terbaharu  ini menggunakan  nama Boneka.  Hal ini kerana selama  32 tahun,  saya meletakkan  diri seperti  boneka  sewaktu berada di atas pentas  untuk menghiburkan  khalayak  dengan  imej

penuh glamor dan selayaknya  sebagai  seorang  penghibur.  Saya adalah boneka  kepunyaan  khalayak  sewaktu  di atas pentas.

“Namun  hakikatnya,  saya adalah  seorang  individu  yang  low profile tetapi  bekerja  dalam  ruang pekerjaan  high profile. Jadi apa yang dipersembahkan.   ditonton  oleh khalayak  itu hanya  satu boneka,”  ujar Dato’ Sheila mengenai  signifikan  pemilihan  Boneka  sebagai judul album dan single  pertamanya.

Lirik lagu Boneka  dihasilkan  oleh Irwan Simantunjak  dan muziknya menerima  garapan  daripada  Kevin Chin.

Selain single Boneka  yang telah dilancarkan  pada  17 Mac lalu, album ini terisi dengan  sembilan  buah lagu, yang  kebanyakannya   didominasi oleh Tohpati.  Ini termasuklah   lagu Melukis  Dunia, Ku Nanti dan Haruskan  Ku Pergi.

Dato’ Sheila bagaimanapun   tidak menganaktirikan   kehebatan  karyawan muzik Malaysia  apabila  menerima  sentuhan  Azman  Abu Hassan  untuk lagu Kasih Abadi  dan Omar  K (Kasih  Kamu).

Menariknya,  untuk pertama  kali juga dalam  sejarah  pembikinan  album studionya,  Data’ Sheila  memuatkan  sebuah  lagu Inggeris  berjudul  My All yang dihasilkan  oleh penyanyi  Najwa Mahiaddin.

“Saya mahu melakukan  album  ini dengan  cara saya dan memasukkan sebuah  lagu Inggeris  di dalamnya.  Hal ini sebenarnya  telah lama ingin dilakukan,  termasuk  menghasilkan  album  berbahasa  Inggeris  penuh, namun saya tidak bertemu  dengan  karya yang menyentuh  jiwa  saya.

“Narnun,  Najwa telah  menghasilkan  dan menulis  sebuah  lagu Inggeris yang bagus, jadi saya  berasa  mengapa  tidak memuatkannya   di sini?  Saya harap khalayak  dapat menerima  album  ini dengan  lapang dada,” ujar Data’ Sheila.

Boneka yang diedarkan  oleh Universal  Music Malaysia  telah dilancarkan  pada 7 April  secara  fizikal dan digital.

dav

Kejutan lain untuk peminat adalah persembahan Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017  yang bakal berlangsung pada 5 Ogos nanti. Ia merupakan konsert solo ke lima beliau.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *