(HIBURAN) ABPBH 35 UMUM FINALIS BAGI KATEGORI UTAMA, EKSTRA! HARI INI TOP 5 TERIMA 21 JUTA UNDI

Spread the love

KUALA LUMPUR, 20 Jun 2023 – Pusingan pertama undian Top 20, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 yang dilancarkan 12 Mei hingga 11 Jun lalu, mencatat rekod baharu dalam sejarah penganjuran acara anugerah berprestij ini apabila lebih 21 juta undi diterima sepanjang tempoh 31 hari proses pemilihan dibuka.

Secara keseluruhan, sejumlah 21,033,657 undian diterima daripada peminat membabitkan 12 kategori utama dan tujuh (7) kategori sampingan, Ekstra! yang dipertandingkan pada edisi kali ini.

Proses pemilihan calon Top 5 bagi setiap kategori adalah berdasarkan 70 peratus daripada undian pemilihan peminat manakala 30 peratus lagi adalah penilaian juri profesional.

Kemuncak proses itu, pastinya, gelaran Bintang Paling Popular menanti juara yang meraih undian dan markah tertinggi dalam kategori tunggal disaingi pada ABPBH 35.

Meneruskan debaran menjelang malam kemuncak, hari ini, penganjur ABPBH 35 mengumumkan secara rasmi calon Top 5 bagi kategori utama dan Ekstra! serta melancarkan undian pusingan kedua bagi acara anugerah pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia ini.

Pengarah ABPBH 35 merangkap Pengarang Berita Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir berkata, undian lebih 21 juta yang diterima membuktikan acara anugerah ini masih relevan dan mendapat tempat di hati peminat industri hiburan tempatan.

“Kita amat berbesar hati dan berbangga dengan jumlah undian tertinggi dikumpul pada fasa awal ABPBH 35 yang memberi petunjuk bahawa acara anugerah ini masih relevan.

“Sokongan diberi peminat menunjukkan ABPBH masih menjadi pengukur dalam menilai populariti artis dan selebriti tempatan, apatah lagi, kali terakhir acara anugerah ini dibawa kira-kira, dua tahun lalu.

“Biarpun ABPBH tidak dianjurkan tahun lalu, kita percaya acara anugerah ini masih meraih kepercayaan peminat dan penaja dalam merancakkan lagi pembangunan sektor kreatif tempatan serta sanjungan ramai terhadap bakat dan kreativiti anak seni,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa pihak penganjur sentiasa melakukan penambahbaikan bagi mengekalkan kredibiliti ABPBH dan edisi kali ini melibatkan penilaian daripada pihak juri profesional.

“Juri menilai berdasarkan beberapa kriteria penting. Antaranya populariti seseorang artis, impak yang dicetuskan oleh artis dan produk yang dihasilkan,” tambah beliau.

ABPBH 35 bertemakan Ekspresi Legasi Seni dilancarkan pada majlis berkonsepkan ‘hipster’ di Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur di ibu negara, pada 12 Mei lalu.

Pada majlis itu, gerabak kereta api ikonik termasuk koc mewah persis hotel lima bintang milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang membawa calon awal ABPBH 35, dipandu masuk ke platform Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur, dengan kemuncak acara iaitu penyerahan bendera dan trofi ABPBH sebagai gimik.

Penaja utama ABPBH 35 adalah Fellera Skin iaitu pengeluar produk kesihatan wanita terkemuka, Jeli Ajaib Bellrossa Advances.

Shamshul Azree berkata, penganjur teruja mengumumkan senarai Top 5 yang dipilih peminat mewakili artis popular yang masing-masing memiliki kelebihan dan kekuatan tersendiri untuk dipilih sebagai finalis ABPBH 35.

https://www.high-endrolex.com/46

“Penganjur berpuas hati dengan pilihan dibuat peminat dan berharap pusingan kedua undian Top 5 ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk memastikan kemenangan artis pilihan.

“Peminat ada 27 hari mulai hari ini untuk menentukan kejayaan artis dan selebriti idola masing-masing dengan melayangkan undian kepada mereka,” katanya.

Peminat boleh mula layari www.abpbh.com.my bagi meneliti senarai Top 5 atau finalis edisi ke-35 ABPBH, mulai hari ini sehingga 15 Julai depan.

Pada malam kemuncak ABPBH 35, sebanyak 12 kategori utama dipertandingkan iaitu BBNU Lelaki Popular, BBNU Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular dan Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular.

Turut dipertandingkan, Aktor Filem Popular, Aktres Filem Popular, Aktor TV Popular, Aktres TV Popular, Penyampai Radio Popular, Pengacara Televisyen (TV) Popular dan Artis Komedi

Popular.

Undian tertinggi daripada mana-mana kategori tunggal disaingi artis pada peringkat Top 5 akan menjadi penentu kepada pemenang trofi utama, iaitu Bintang Paling Popular ABPBH 35.

Turut dipertandingkan pada ABPBH 35 adalah tujuh kategori Ekstra! iaitu Couple TV Popular, Couple Filem Popular, Drama Popular, Lagu Paling Boom Popular, Content Creator Popular, TikTokers Popular dan Lawak Viral Popular.

SENARAI PENCALONAN TOP 5

12 KATEGORI UTAMA

  • BBNU LELAKI POPULAR
    1. Amir Ahnaf
    2. Danial Chuer
    3. Fadhli Masoot
    4. Meer Nash
    5. Mierul Aiman
  • BBNU WANITA POPULAR
    1. Anna Jobling
    2. Puteri Khareeza
    3. Qasrina Karim
    4. Siti Khadijah Halim
    5. Sophia Albarakbah
  • PENYANYI LELAKI POPULAR
    1. Amir Masdi
    2. Hael Husaini
    3. Haqiem Rusli
    4. Khai Bahar
    5. Naqiu
  • PENYANYI WANITA POPULAR
    1. Aina Abdul
    2. Ernie Zakri
    3. Nabila Razali
    4. Siti Nordiana
    5. Wany Hasrita
  • ARTIS KOLABORASI/DUO/BERKUMPULAN POPULAR
    1. Dayang Nurfaizah & Amir Masdi
    2. Dolla
    3. Ernie Zakri & Syamel
    4. Nuha Bahrin & Naufal Azrin
    5. Siti Nordiana & Bunga Isme
  • AKTOR FILEM POPULAR
    1. Beto Kusyairy
    2. Datuk Adi Putra
    3. Fattah Amin
    4. Zizan Razak
    5. Zul Ariffin
  • AKTRES FILEM POPULAR
    1. Ahirine Ahirudin
    2. Diana Danielle
    3. Janna Nick
    4. Maya Karin
    5. Sophia Albarakbah
  • AKTOR TV POPULAR
    1. Aedy Ashraf
    2. Ben Amir
    3. Kamal Adli
    4. Meerqeen
    5. Redza Rosli
  • AKTRES TV POPULAR
    1. Anna Jobling
    2. Puteri Sarah Liyana
    3. Raysha Rizrose
    4. Sharifah Rose
    5. Siti Saleha
  • PENYAMPAI RADIO POPULAR
    1. DJ Lin
    2. DJ Sonic
    3. Haiza
    4. Johan
    5. Tyzo
  • PENGACARA TV POPULAR
    1. Alif Satar
    2. Elly Mazlein
    3. Hawa Rizwana
    4. Janna Nick
    5. Sherry Alhadad
  • ARTIS KOMEDI POPULAR
    1. Bell Ngasri
    2. Jaa Suzuran
    3. Johan
    4. Syahmi Sazli
    5. Zizan Razak

7 KATEGORI EKSTRA

  • COUPLE TV POPULAR
    1. Aniq Suhair & Siti Khadijah Halim (Sekali Lagi Cinta Kembali)
    2. Aedy Ashraf & Amelia Henderson (Kisah Cinta Kita)
    3. Kamal Adli & Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad 2)
    4. Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)
    5. Redza Rosli & Raysha Rizrose (Bisik-Bisik Gelora)
  • COUPLE FILEM POPULAR
    1. Datuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta)
    2. Farid Kamil & Ahirine Ahirudin (Rempit 2)
    3. Naqiu & Elizabeth Tan (Mat Bond Malaya)
    4. Zul Ariffin & Azira Shafinaz (Tablis Iblis)
    5. Zizan Razak & Elizabeth Tan (Abang Long Fadil 3)
  • DRAMA POPULAR
    1. Bisik-Bisik Gelora
    2. Kisah Cinta Kita
    3. Melur Untuk Firdaus
    4. Rindu Awak Separuh Nyawa 2
    5. Sekali Lagi Cinta Kembali
  • LAGU PALING BOOM POPULAR
    1. Casablanca (Nuha Bahrin & Naufal)
    2. Cinta Sejati (Aiman Sidek & Alin Sidek)
    3. Gatal (Janna Nick)
    4. Mimpi (Haqiem Rusli)
    5. Terus Hidup (Aina Abdul)
  • CONTENT CREATOR POPULAR
    1. Arieff Yong
    2. Alieff Irfan
    3. DD Chronicle
    4. Qawiyaro
    5. Sofyank
  • TIKTOKERS POPULAR
    1. Aaabias
    2. Aleeya Zailan
    3. Hafiz Mahamad
    4. Sally Whoo
    5. Ustaz Ahmad Yusof
  • LAWAK VIRAL POPULAR
    1. Airiena Yahaya
    2. Aldariya Dareesa
    3. Ryan Bakery
    4. Satthiya Kandi
    5. Syahmi Sazli, Hasif dan Yoe Parey

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *