(HIBURAN) “AIA Generasi Malaysia Concert” Meraikan Identiti Unik Malaysia

Spread the love

FA_AIA Generasi Concert Poster_20inches (w) x 30inches (h)

AIA Bhd. Sekali lagi memilih muzik untuk menyatukan Malaysia  dengan menganjurkan “AIA Generasi Malaysia Concert”. Acara meriah ini akan berlangsung di  Stadium Tertutup Putra (Putra Indoor Stadium), Bukit Jalil, pada hari Jumaat, 12 Jun, 2015. Konsert  tersebut akan mempersembahkan tiga artis Malaysia yang terkenal di persada antarabangsa untuk  meraikan identiti ini yang begitu unik.

Buat julungkalinya persembahan gabungan bersama Juara Asia Wave Musim 1 Shila Amzah;  penyanyi, penulis lirik dan pemenang pelbagai anugerah muzik Reshmonu, yang terkenal dengan  persembahan reggae pop serta tarian bertenaganya; dan Gary Chaw atau lebih dikenali sebagai  Cao Ge, yang terkenal dengan persembahan vokal berkuasa dan gelaran sebagai salah satu  penyanyi lelaki terbaik Asia.

Ketiga-tiga artis ini akan membawa gaya serta persembahan tersendiri dalam menyampaikan lagu-lagu terkenal mereka dalam pelbagai bahasa, untuk menjayakan sebuah pengalaman muzik yang unik di Malaysia. Para penonton juga akan berpeluang untuk menikmati duet serta persembahan berkumpulan dari ketiga-tiganya buat pertama kali!

Konsert ini memberi peluang bagi AIA menyatukan rakyat Malaysia dalam meraikan identiti uniknya. “Kami di AIA percaya bahawa muzik menyatukan semua. Melalui “AIA Generasi Malaysia Concert”, kami berharap rakyat Malaysia dari semua golongan akan bersama meraikan bakat pemuzik Malaysia yang telah mengharumkan nama negara ini di pentas dunia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd. Bill Lisle.

“Kepelbagaian kaum adalah kekuatan Malaysia dan pengalaman muzik daripada artis-artis Malaysia dari berbilang kaum sememangnya dapat memaparkan semangat sejati Generasi Malaysia,” kata Lisle.

“AIA Generasi Malaysia Concert” merupakan lanjutan kejayaan AIA menerusi persembahan Red Tour Taylor Swift di Kuala Lumpur pada tahun 2014 dan Konsert K-POP AIA pada tahun 2013


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *