(HIBURAN) AJL29 RAIH LEBIH 6 JUTA PENONTON!

Spread the love

Juara Lagu - Apa Khabar - Joe Flizzow & SonaOne

Lebih 15,000 peminat muzik tanah air telah membanjiri Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi menyaksikan Anugerah Juara Lagu 29 (AJL 29) yang disiarkan secara langsung selama tiga jam dari 9.00 malam pada 18 Januari 2015, Ahad yang lalu.

 Para Pemenang AJL29

Anugerah Juara Lagu 29 telah dipancarkan oleh Pamoga dan Qu Puteh sebagai penaja utama dan Nu Sentral selaku penaja bersama.

Lebih membanggakan apabila acara hiburan paling berprestij di Malaysia ini berjaya mendominasi hampir 60% penonton (market share) selama ia bersiaran dengan cecahan lebih 6 juta penonton (sumber: Nielsen Audience Measurement).

Sememangnya keunggulan Anugerah Juara Lagu sebagai acara pembuka tirai tahunan tidak perlu disangkal lagi kerana kemunculannya yang sentiasa dinantikan para peminat muzik tempatan. Bukan sahaja di kaca televisyen, AJL 29 juga dipancarkan menerusi laman web rasmi (www.anugerahjuaralagu.com) di mana penonton disajikan dengan siaran keseluruhan majlis anugerah serta kandungan eksklusif seperti acara Karpet Merah Jambu yang bersiaran menerusi HIP TV di TV9, Galeri, Video dan Di Sebalik Tabir.

Statistik di arena ‘atas talian’ (online) mencatatkan kenaikkan sebanyak 18% menerusi laman rasmi Anugerah Juara Lagu sahaja. Secara total, 128,308 penonton menyaksikan AJL29 serta acara Karpet Merah Jambu menerusi www.anugerahjuaralagu.com dan www.tonton.com.my.

 

Kandungan atas talian yang boleh ditonton secara global live streaming memperlihatkan Malaysia sebagai penyumbang utama dengan sebanyak 54,345 pelayar diikuti negara-negara lain seperti Singapura (9,282), Brunei (2,888), dan United Kingdom (2,766).

Manakala jumlah catch-up di Tonton (www.tonton.com.my) buat masa ini telah mencapai 166,124 tontonan dan dijangka meningkat hari demi hari. Ini juga merupakan peningkatan jumlah tertinggi berbanding tahun lepas. Antara klip video persembahan yang paling mendapat sambutan adalah Lagu Romancinta dendangan Mojo bersama Caliph Buskers.

Pertandingan Cover Kami pula mendapat lebih 330 penyertaan sepanjang tempoh tiga minggu pertandingan itu berlangsung. Tiga finalis telah berentap secara langsung di pentas sebalik tabir yang disiarkan di platform online pada malam anugerah tersebut. Mohd Hafiz bin Mohd Zahidi kemudiannya dinobatkan sebagai juara dan memenangi wang tunai berjumlah RM 5,000.

Portal muzik AJL 29, Tonton Music (www.tontonmusic.com.my) juga mendapat tempat di kalangan peminat muzik apabila hampir 10,000 pelayar mendengar lagu-lagu finalis AJL29 dalam tempoh kurang 12 jam selepas acara berprestij itu berlangsung. Lagu Romancinta telah meraih jumlah streaming tertinggi dengan 1,477 diikuti dengan Malaikat (521) dan Di Pintu Syurga (510).

Rancangan AJL 29 ternyata memberikan impak besar di laman-laman sosial apabila sekurang-kurangnya 163,000 pengguna memperkatakan mengenainya. Secara keseluruhan, AJL 29 berjaya mendapat hampir 77 juta pendedahan di media sosial. Malah AJL29 telah menjadi trending no.1 di Malaysia dan dunia.

Tahun ini memperlihatkan antara penganjuran terbaik apabila mendapat komen positif daripada para pengamal media. Hadir dengan pelbagai interprestasi setiap tahun, AJL29 kali ini memilih tema “Gema dalam Muzik” bagi mengangkat instrumen muzik sebagai elemen terpenting di dalam penghasilan sesebuah lagu.

Tuah kali ini berpihak kepada pasangan duo dinamik Joe Flizzow dan SonaOne yang merupakan pelantun dan terlibat secara langsung sebagai komposer dan penulis lirik lagu Apa Khabar.  Dijulang sebagai Juara Lagu, Apa Khabar merupakan genre pertama seumpamanya diangkat dalam penganjuran AJL. Tempat kedua dimiliki lagu Masih Aku Cinta nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh Shila Amzah. Manakala Tempat ketiga dan vokal terbaik menjadi milik lagu Di Pintu Syurga, nyanyian Dayang Nurfaizah, gubahan Tam (Spider) dan nukilan lirik Iman Imran.

Namun apa yang mencuri tumpuan malam itu ialah penampilan Caliph Buskers bersama kumpulan Mojo yang menjawab segala kontroversi mengenai siapakah bakal menyanyikan lagu tersebut. Ternyata nyanyian Azmi selaku vokalis kumpulan Caliph Buskers menyentuh perasaan para penonton sekaligus mendapat penghormatan dengan tepukan gemuruh dan ’standing ovation’. Lagu Romancinta itu turut memenangi persembahan terbaik di malam gilang-gemilang itu. Walaupun cacat penglihatan penyampaian mereka bagaikan magis dan memukau seluruh penonton membuktikan pentas berprestij itu sentiasa memberikan peluang kepada mereka yang memiliki bakat besar.

Persembahan pembukaan malam itu dimulakan dengan interprestasi Gema Dalam Muzik apabila beberapa alat muzik bakal dimainkan secara ‘battle’ oleh Black (Wings), Joe (Wings), Ujang (Exist), Rody (Kristal), Genervie dan Yanz (Lefthanded serta kemunculan Datuk M Nasir yang menyampaikan persembahan medleynya Hati Emas dan Mentera Semerah Padi. Persembahan interlude pula menampilkan kumpulan muzik lagenda Headwind selain penampilan Tomok dan Ronnie.

Dalam pada itu, siaran langsung acara Karpet Merah Jambu yang disiarkan menerusi program Hip TV di TV9 turut mendapat cecahan tontonan tinggi dengan hampir 1 juta penonton!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *