Anugerah Industri Muzik (AIM) telah pun menjengah edisi yang ke 20 pada tahun ini. Majlis anugerah paling berprestij dalam industri seni muzik tanah air ini akan diadakan pada 14 Disember 2013 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil. Majlis anugerah yang telah dianjurkan sejak tahun 1993 ini bakal memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada bakat-bakat seni Malaysia termasuklah penyanyi, komposer, penulis lirik, penerbit dan pereka. Bersempena penganjuran AIM tahun ini , pihak RIM dan Asto bersepakat memilih tag line ‘ Meraikan Kemuncak Segala-galanya! ’. Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-20 kali ini juga tampil dengan satu kelainan apabila mengubah kriteria pencalonan dan menambah satu kategori baru. Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik di dalam lagu ditambah menjadikan 20 kategori dipertandingkan bagi AIM kali ini. Kriteria yang digunapakai sebelum ini iaitu penggunaan 100 peratus bahasa Melayu dalam lagu telah diubah kepada sekurang-kurangnya 60 peratus penggunaan bahasa Melayu untuk membolehkan lagu yang digabungkan dengan Bahasa Inggeris boleh bertanding.
Kategori-kategori Anugerah AIM:
Artis Baru Terbaik
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)
Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu (BARU)
Kulit Album Terbaik
Rakaman Album Terbaik
Video Muzik Terbaik
Lagu Pop Etnik Terbaik
Lagu Nasyid Terbaik
Lagu Rock Terbaik
Lagu Pop Terbaik
Lagu Hip Hop Terbaik
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Anugerah Kembara
Anugerah Sri Wirama
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Lagu Terbaik
Album Terbaik