(HIBURAN) Astro Bawa Kembali Kegemilangan Penyanyi Evergreen dan Suara yang Dilupakan di ‘Gegar Vaganza 11’

Spread the love

Kuala Lumpur, 6 November 2024 – Selepas meraikan sedekad kejayaan rancangan tersebut secara fenomenal pada tahun lepas, rancangan realiti nyanyian nombor satu Astro, ‘Gegar Vaganza’ (GV) kini kembali dengan permulaan baharu dalam musim kesebelasnya. Menggandingkan artis-artis Malaysia, Indonesia dan Singapura yang pernah popular, musim ini kembali ke rumpunnya untuk terus menjadi platform yang menggamit semula zaman-zaman kegemilangan mereka dalam industri muzik, sekaligus mengubati rindu para peminat yang ingin melihat mereka bersinar semula di atas pentas dengan cabaran dan persaingan yang baharu. ‘GV11’ bakal  bermula pada 24 November ini, jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104).

Vaganzers bakal menyaksikan himpunan penyanyi-penyanyi yang pernah viral atau evergreen terbaik di persada muzik tempatan bahkan nusantara berentap di ‘GV11’, mengilatkan kembali sejarah kegemilangan mereka dalam industri nyanyian. Nama-nama yang dipilih merupakan bintang-bintang yang dikenali dengan kekuatan dan keunikan vokal, serta lagu-lagu hits yang masih terpahit dalam memori setiap penggemar muzik hingga kini.

Bintang-bintang ‘GV11’ terdiri daripada Ronnie Hussein, Nai Dinamik, Fairuz Selamat, Yazid Lovehunters, Reshmonu, Liza Aziz, Illa Sabry, Sheila Abdul, Arrora Salwa, Zehra Zambri, Ning Baizura, serta lagenda dari Indonesia iaitu Inka Christie, Dadali Dyrga dan The Lima yang dianggotai oleh Taura, Bony dan Arif. 13 penyanyi solo dan sebuah kumpulan bakal meriuhkan kembali pertandingan realiti nyanyian tersohor ini dengan cabaran sengit dan kehebatan nyanyian masing-masing.

 Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro, Raqim Ahmad berkata “Sokongan dan kasih sayang yang diberikan selama sedekad, hingga ke hari ini, amatlah kami hargai. Juara di antara juara sudah pun kami nobatkan. Kini, kami kembali ke asal usual GV iaitu dengan membawa kembali penyanyi-penyanyi yang pernah tular atau evergreen ke pentas prestij. Tidak lekang di mulut penggemar-penggemar muzik, bintang-bintang ini pernah mencipta sejarah dengan lagu-lagu serta bakat mereka. Malah, ada di antara lagu-lagu mereka yang masih menjadi pilihan di mana-mana. Kami amat berbangga kerana barisan peserta pada musim kali ini merupakan antara nama-nama terbesar di persada muzik tempatan dan serantau. Ternyata GV masih mampu menarik penyertaan bintang-bintang besar, lantas menunjukkan betapa relevannya rancangan ini bukan sahaja untuk para peminat tetapi juga artis-artis di serantau Malaysia, Indonesia dan Singapura.”

“Astro bakal memulakan GV11 dengan nafas baharu, namun masih mengekalkan kesengitannya di antara semua peserta. Lagenda bertemu lagenda, semuanya mempunyai latar belakang kejayaan yang hebat dalam bidang nyanyian. Namun hanya vokal, aura dan persembahan mereka sahaja yang dipertaruhkan. Siapakah yang akan menyambung takhta GV pada musim kali ini? Semuanya akan terjawab di pentas gah GV11 yang pastinya akan kembali menggemakan dewan konsert kelak. Kami yakin musim terbaharu ini bakal mengejutkan para penonton dengan kehebatan mereka, sekaligus membawa para penonton ke memori lalu ketika zaman kegemilangan mereka. GV11 bakal beri kepuasan hiburan maksima kepada penggemar-penggemar rancangan realiti nyanyian signature kami,” tambah Raqim.

Barisan juri masih diketuai Dato’ Ramli MS yang akan didampingi Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang. Rancangan ini turut membawa kembali duo kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara.

‘Gegar Vaganza 11’ akan berlangsung selama 12 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam. Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

PENJURIAN & TRIVIA ‘GV11’
  • ‘GV11’ masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah pada akan disingkirkan.
  • Penerbitan ‘GV11’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama CelcomDigi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi, CUCKOO dan Uphamol turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.
  • Penganjuran edisi kesebelas ini dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro Gempak selaku Rakan Digital, serta SINAR selaku radio rasmi disokong oleh ERA dan GEGAR.
  • Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, naib juara pula akan meraih RM50,000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
  • ‘Vazz Vaganza’ akan dihoskan oleh Dina Nadzir selama 30 minit sejurus selepas konsert utama, menampilkan diskusi , wawancara dan soal jawab bersama barisan peserta ‘GV11’.
  • Klip sedutan sesi latihan vokal dan persediaan para peserta dapat ditonton melalui ‘Kapsul Gegar Vaganza 11’ yang akan dihoskan oleh Putra Anuar pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 9 malam.
  • Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live+’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV11’. Program ini akan dihoskan oleh Falyq, bersama selebriti misteri yang akan diperkenalkan pada minggu pertama GV11.
  • Eksklusif buat peminat tegar ‘GV’, mereka akan mendapat kejutan besar apabila mereka memberitahu apa yang mereka suka tentang ‘GV’ dan mengapa di laman media sosial X mereka. Vagangers dengan tweet yang mendapat likes atau retweets paling banyak akan dipilih untuk menerima kejutan ini.
PENAJA UTAMA ‘GV11’ : FARM FRESH

Mengenai Farm Fresh

Farm Fresh Berhad ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Encik Loi Tuan Ee dan Encik Loi Tuan Kin selepas mereka membeli enam puluh ekor lembu baka Jersey Holstein dari Australia untuk memulakan ladang tenusu pertama di Mawai, Kota Tinggi, Johor. Bagi membantu mengembangkan operasinya, mereka meminta bantuan rakan lamanya, Encik Azmi Zainal untuk menjadi rakan kongsi dan membantu menguruskan operasi syarikat.

Kini sebagai syarikat tenusu yang terbesar di Malaysia, Farm Fresh Berhad beroperasi dengan 5 ladang tenusu di Malaysia dan dua ladang tenusu di Australia, dengan keluasan tanah keseluruhan 5,367 ekar, dan keseluruhan saiz ternakan sebesar 13,810 lembu tenusu dan lembu jantan. Farm Fresh juga mempunyai dua loji pemprosesan di Johor dan Pahang, Malaysia.

Farm Fresh Berhad dan Farm Fresh Milk Sdn Bhd, kini menawarkan lebih daripada 192 produk yang terdiri daripada variasi susu segar, susu UHT, susu berperisa, susu berasaskan tumbuhan, produk berasaskan yogurt, susu rumusan kanak-kanak dan terkini, Choco Malt.

Bermula 6 November hingga 22 Disember, Farm Fresh menawarkan hadiah utama RM100,000 melalui pertandingan “Kita Kasi Nama” untuk rakyat Malaysia menukar nama Choco Malt dengan nama yang paling kreatif!

Untuk maklumat lanjut mengenai Farm Fresh, layari https://www.farmfresh.com.my/ dan layari kitakasinama.com.my untuk menyertai pertandingan Kita Kasi Nama.

#GegarVaganza #GV11 #BintangKembaliMenyengat


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *