(HIBURAN) AZTECA DAN ASTRO BEKERJASAMA DALAM MEMORANDUM PERSEFAHAMAN PENERBITAN DAN PENGEDARAN

Spread the love

image008

Antara pengeluar rancangan televisyen bahasa Sepanyol terbesar di dunia, Azteca, dan Astro, penyiar televisyen berbayar terkemuka di Asia Tenggara telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)- bagi penerbitan dan pengedaran telenovela. MoU ini melibatkan tiga pihak, iaitu Azteca, Astro dan  Global Station, syarikat produksi Malaysia yang telah menerbitkan beberapa siri drama yang berjaya mendapat sambutan paling hebat di Malaysia. Ini merupakan peristiwa penting bagi ketiga-tiga pihak dan menandakan satu perkongsian erat jangka panjang bersandarkan kekuatan setiap pihak apabila Astro dan Global Station akan bersama-sama menerbitkan format telenovela Azteca yang diadaptasikan bersesuaian dengan penonton di Malaysia dan serantau. Di samping itu, Azteca akan menguruskan pengedaran antarabangsa telenovela yang telah dihasilkan.

Ini bukan kali pertama terjalin kerjasama antara ketiga-tiga pihak. Astro telah bekerjasama dengan Azteca untuk format Akademi Fantasia (La Academia Azteca) sejak ia dilancarkan sepuluh musim yang lalu, dan saluran Astro Bella iaitu destinasi telenovela yang menyiarkan telenovela yang dipakejkan oleh Astro. Global telah menghasilkan beberapa drama bersiri untuk Astro dan telah berjaya mengadaptasi format telenovela dari Azteca sebelum ini.

Mengulas tentang MoU ini, Marcel Vinay, Naib Presiden Jualan Antarabangsa di Azteca berkata, “Kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan Astro yang terbukti dengan kepakaran dalam penerbitan. Perjanjian ini akan menguatkan lagi persahabatan kami dengan Astro dan pada masa yang sama kami dapat memberi tumpuan dan komitmen untuk menyampaikan program yang berkualiti kepada penonton di seluruh dunia.”

Agnes Rozario, Naib Presiden Kumpulan Kandungan di Astro, “Azteca dan Global telah pun menjadi rakan kongsi yang hebat dan kami percaya perjanjian ini akan menguatkan lagi pengisian program kami dan proposisi pelanggan kami. Dengan kepakaran pemasaran dan konsumer yang dimiliki Astro, kemahiran produksi pihak Global dan kekuatan Azteca dalam pengedaran, kami yakin adaptasi telenovela ini akan dapat memenuhi permintaan penonton pelbagai budaya di rantau ini yang dahagakan pengisian bersesuaian, serta dapat merentasi pasaran luar negara untuk kepuasan penonton seluruh dunia. “


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *