Jabatan Audio ditubuhkan di Kuala Lumpur pada bulan ogos 2009.Asalnya dianggotai oleh Apis,Syima,Adi,Fad,Azool dan Aman.Sekarang telah dianggotai oleh beberapa anggota baru iaitu Zairul,Fei dan Munir.Mereka mempunyai minat dan cita-cita yang sama..iaitu berkarya dan mempersembahkan lagu-lagu hasil nukilan sendiri.
Mereka bersepakat memilih genre alternatif rock atau indie rock sebagai irama musik pilihan mereka.Menurut ketua kumpulannya..Apis Abdul,berkarya ini mestilah bebas dan tidak semestinya terikat dengan mana-mana genre. Apa yang lahir dari hati,itulah sejujur-jujur karya.
Jabatan Audio tetap bersikap positif dan terbuka terhadap musik.Musik itu luas kata mereka.Semenjak ditubuhkan pada tahun 2009,mereka pernah bermain di gig-gig kecil-kecilan,event-event,di cafe-cafe,busking di jalanan dan malah pernah juga bermain untuk function-function seperti wedding dan sebagainya di sekitar Lembah Klang tertutamanya disekitar Kuala Lumpur,Petaling Jaya,Subang dan Shah Alam.
Mereka telah mengeluarkan sebuah single yang pertama bertajuk Hati Mataharey dan juga baru sahaja melahirkan MV rasmi mereka yang baru dilancarkan pada 1/1/2013 yang lepas di Youtube. Rancangan mereka untuk tahun 2013 ini ialah untuk memperluaskan lagi lagu single mereka Hati Mataharey ke radio-radio tempatan..dan kalau berpeluang mereka ingin mencubanya di pasaran Indonesia atau mana-mana pasaran ‘melayu’ seluruh dunia. Mereka mempertaruhkan single pertama mereka Hati Mataharey dahulu dan jika boleh mereka ingin memasarkannya seluas mungkin dan boleh dikenali hingga ke peringkat Juara Lagu. Sementara itu kerja-kerja di studio rakaman seperti merakamkan lagu-lagu mereka yang lain tetap terus dijalankan.Mereka merancang akan mengeluarkan EP pertama pada tahun ini yang belum ditentukan lagi tarikh rasmi siapnya EP tersebut.Mereka mengharapkan sokongan dari seluruh penyokong-penyokong musik indie tempatan dan mengharapkan juga kejayaan di masa akan datang.Majulah Jabatan Audio untuk negara.
wow! ganteng dan enak muzik mereka!!
gooo!!! UNDIE!!!! g000!!!!!!!!! \m/