Penggemar filem seram dan komedi di Malaysia bakal disajikan dengan tayangan perdana filem Gerbang Setan, karya sutradara terkenal Indonesia Toto Hoedi, yang akan mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia mulai 7 Ogos 2025.Ini merupakan filem pertama yang diedarkan oleh Big Fortune Movie Sdn Bhd, menandakan langkah awal syarikat dalam industri hiburan tempatan.
Gerbang Setan dari rumah produksi Indonesia SetiaOne Vision (SOV) membawakan gabungan genre seram dan komedi yang cukup menghiburkan. Kisahnya mengisahkan lima sahabat – Diki, Beni, Rachel, Bagas dan Wina – yang mengikuti pakej pelancongan seram ke sebuah kampung terpencil bernama Desa Lawase Urip. Apa yang bermula sebagai percutian menyeronokkan berubah menjadi pengalaman misteri dan mendebarkan, apabila mereka dikejutkan dengan kehadiran makhluk halus, ritual sesajen dan kepercayaan roh leluhur.
Dengan durasi 88 minit, filem ini menampilkan adegan seram intens dipadukan dengan elemen komedi segar, menjadikannya sesuai untuk tontonan remaja dan dewasa.
Barisan pelakon terdiri daripada selebriti dan pelawak bertenaga Indonesia seperti Rizza Fahlevi, Ummy Quary, Renaga Taher, Rachel Oldham, Mc Danny, Jarwo Kwat, Cak Lontong, Komeng, Opi Kumis, Marsya Adinda, Rizky Inggar, Eman & Ginanjar 4 Sekawan, Denny Chandra, Bopak Castello, Baron Hermanto, Ferdi Ali, Novilia Annisa, Atep Rizal, Kadir, dan Sri Atun. Lokasi penggambaran berlangsung di Bogor dan Jakarta selama 25 hari.
Dengan kekuatan naratif dan kombinasi unik genre seram-komedi, BIG FORTUNE MOVIE SDN. BHD. yakin Gerbang Setan akan menjadi salah satu tontonan popular di pawagam tempatan tidak lama lagi.
SetiaOne Vision (Indonesia)
📍 Instagram: @setiaonevision_media
📍 YouTube: @setiaonevision_media
BIG FORTUNE MOVIE (Malaysia)
📍 Instagram: @bigfortunemovie
📍 TikTok: @bigfortunemovie

