KUALA LUMPUR, 11 November – Boney M, nama legenda sewaktu era irama disko, bersedia untuk membawa kembali jalur muzik tersebut ke Malaysia sebagai sebahagian daripada sambutan jubli emas mereka.
Dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment, dengan Front Row Entertainment selaku Penganjur Bersama, Sempena Jelajah Ulang Tahun ke-50 Boney M di Kuala Lumpur, kumpulan yang diketuai oleh anggota asal, Maizie Williams bakal memeriahkan Mega Star Arena, KL pada 12 Januari 2025 (Ahad), jam 8 malam.
Lagu-lagu popular dendangan Boney M seperti “Daddy Cool”, “Sunny”, “Ma Baker”, “Rasputin”, “Hooray! Hooray! It’s a Holi-Holiday”, “Brown Girl In The Ring” dan banyak lagi yang menjadi ikutan ramai sejak 1970-an hingga kini masih digemari ramai.
Perjalanan kerjaya seni Boney M bermula apabila mendiang penerbit muzik Frank Farian menerbitkan lagu “Baby Do You Wanna Bump” dengan menggunakan nama samaran. Tanpa diduga lagu tersebut mendapat sambutan hangat hingga beliau menggupah seorang penghibur iaitu Maizie Williams untuk membuat penampilan secara langsung.
Menyertai Maizie Williams kemudiannya ialah Marica Barrett, Liz Mitchell dan mendiang Boby Farrell. Dari Eropah, gaya dan muzik Boney M terus menarik perhatian dunia hinggakan jualan album mereka memecah rekod dan berjaya mencatat nama sebagai penghibur tangga teratas.
Lima puluh tahun kemudian, Boney M masih lagi mempunyai tarikan setiap kali mengadakan konsert jelajah. Maizie Williams yang mengetuai persembahan tersebut mampu memikat penonton tanpa mengira usia dengan rangkaian lagu-lagu hits Boney M yang tidak jemu didengar, begitu energetik dan gerak tari yang menggetarkan.
Tiket boleh didapati di www.ticketingtix.com dan www.frontrow.asia mulai 15 November 2024 (Jumaat), jam 12 tengah hari, dengan harga RM688 (VIP), RM438 (CAT 1), RM388 (CAT 2) dan RM188 (CAT 3), tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4.
Untuk perkembangan terkini, ikuti Lo-Fi Entertainment di Instagram
(www.instagram.com/lofi.entertainment) dan Facebook (www.facebook.com/lofi.entertainmentkl)