(HIBURAN) BOWL Pamer Persembahan Hebat Sekaligus Ungguli Konsert Kedua

Spread the love

Kumpulan BOWL bersama Sifunya, Afdlin Shauki

Bintang Mencari Bintang (BMB) kini lebih mantap dan bertenaga! Kumpulan A yang terdiri daripada BOWL (Afdlin Shauki), ACHEY (Harun Salim Bachik), TOCAI (Senario), TAPAW (Faizal Ismail), BIG TOO (Sabri Yunus) dan KELAWAK (Raja Azura) kembali beraksi malam ini untuk membuktikan kehebatan yang mereka miliki di pentas BMB. Selepas seminggu memberi laluan kepada Anugerah Bintang Popular Berita Harian minggu lalu, Kumpulan A mempunyai waktu rehat dan latihan yang lebih panjang untuk membuat persiapan untuk persembahan mereka.

Barisan anak didik BMB Kumpulan A

Menerusi konsert kedua Kumpulan A, anak didik telah diberi peluang untuk membuat persembahan bersama Sifu masing-masing. Apakah strategi yang ditampilkan malam ini oleh Sifu dan anak didik? Bagi konsert kedua, anak didik ditugaskan untuk membuat persembahan sketsa komedi bebas bersama Sifu masing-masing. BOWL bersama Sifu mereka, Afdlin Shauki memulakan persembahan konsert semalam dengan sketsa komedi serta menyanyikan lagu ‘Gerak Khas’. Seterusnya, BIG TOO membuat persembahan bertemakan ‘Lemak Manis’ bersama Sabri Yunus. KELAWAK bersama Raja Azura pula menyusul dengan persembahan dan lagu ‘Aladdin’, sementara TAPAU akan menggegarkan pentas BMB bersama Sifu mereka FBI dengan persembahan yang berkonsepkan ‘Orang Kita’.

ACHEY dan Harun Salim Bachik melangkah ke pentas BMB dengan membuat persembahan bertemakan ‘Lembaran Terakhir’. Sebelum melabuhkan tirai pada malam ini, saksikan persembahan sketsa komedi dan lagu ‘Cari Tapak’ dari TOCAI dan Sifunya, Lan Senario.

Setiap Sifu akan mempunyai dua anak didik yang bertanding dalam Kumpulan A dan Kumpulan B. Anak didik akan bersaing selama 4 minggu dalam pusingan pertama mengikut kumpulan masing-masing. 3 anak didik yang mendapat markah terendah dari setiap kumpulan akan disingkirkan. 6 anak didik yang berjaya ke pusingan seterusnya kemudian akan berentap di pusingan kedua, separuh akhir dan konsert akhir untuk merangkul gelaran juara serta membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM200,000.

Menurut Penerbit Eksekutif Bintang Mencari Bintang, Muhamad Sufian Isa, “Konsert kedua bagi kumpulan A semalam memperlihatkan setiap anak didik diberi cabaran untuk membuat persembahan bersama Sifu mereka yang mempunyai pengalaman yang luas. Menerusi cabaran ini, anak didik berpeluang untuk menimba pengalaman serta memperbaiki kelemahan agar mereka mampu memberi persembahan mantap pada minggu seterusnya. Sementara itu, para Sifu juga memainkan peranan penting dalam mencorak anak didik mereka untuk menentukan arus perjalanan sebagai penghibur versatil berdasarkan kualiti yang mereka miliki.”

Sepanjang 15 episod, BMB menampilkan Adibah Noor sebagai pengacara program. Selain itu, BMB turut menampilkan nama besar di dalam industri tanah air, ikon yang cukup berpengalaman dan sememangnya ‘otai’ di dalam bidang hiburan iaitu A.R. Badul sebagai juri tetap untuk program ini. Minggu ini, Ahmad Idham dan Black akan menyertai panel juri sebagai juri jemputan untuk menilai aspek nyayian para anak didik.

Untuk musim pertama ini, format permarkahan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada juri awam yang terdiri dari kalangan pelajar seni persembahan, wartawan, golongan semi-profesional dalam industri sketsa komedi dan nyanyian. Buat penonton dan peminat setia Bintang Mencari Bintang bolehlah menghantar undian SMS dengan menaip BMB <JARAK> Nama Kumpulan dan hantar ke 33399 atau undian secara pukal, BMB5 <JARAK> Nama Kumpulan dan hantar ke 33399. Undian SMS akan bermula jam 5.00 petang setiap hari Ahad dan akan ditutup selepas tamat persembahan konsert. Di samping itu, penonton turut boleh menilai persembahan anak didik BMB semasa persembahan konsert berlangsung menerusi ‘Skala Bintang’ yang boleh didapati di www.tv3.com.my/bintang. Kemudian gerakkan skala bintang untuk gred persembahan anak didik. Keputusan penilaian ‘Skala Bintang’ akan muncul di kaca televisyen semasa konsert BMB bersiaran secara langsung.

Sementara itu, penonton berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat kesemua anak didik BMB menerusi KOMIK BMB yang disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Ahad jam 5.00 petang. Program yang dihoskan oleh pelakon Taiyuddin Bakar atau lebih mesra dengan panggilan Tai ini juga akan membawa penonton melihat gelagat anak didik serta perkara-perkara yang bakal terjadi ketika mereka menghadiri kelas latihan dan juga perkara-perkara yang berlaku semasa mereka membuat persiapan untuk berentap di pentas BMB. Selain itu, penonton juga boleh mengikuti perkembangan para anak didik BMB menerusi program 2 minit, BLOG BMB setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10.00 pagi dan 1.30 pagi.

Ikuti konsert mingguan BMB yang diterajui oleh Penerbit Eksekutif, Muhamad Sufian Isa yang disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 dari Plaza Alam Sentral Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang BMB, penonton boleh melayari laman sesawang rasmi BMB di www.tv3.com.my/bintang serta laman sosial Facebook & Twitter TV3Malaysia. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ (#bintangTV3) untuk menghangatkan lagi bahang BMB!

Carta kedudukan markah anak didik BMB :

Sifu & Anak Didik

Konsert 1

Konsert 2

Konsert 3

Konsert 4

Markah Terkumpul

Kumpulan A

BOWL (Afdlin Shauki)

ACHEY (Harun Salim Bachik)

TOCAI (Senario)

TAPAW (Faizal Ismail)

BIG TOO (Sabri Yunus)

KELAWAK (Raja Azura)

 

36

75

52

57

52

40

68.4

65.8

52.5

55.6

51.3

41.4

Sifu & Anak Didik

Konsert 1

Konsert 2

Konsert 3

Konsert 4

Markah Terkumpul

Kumpulan B

AWOK (Raja Azura)

BOCIK (Afdlin Shauki)

XOXO (Harun Salim Bachik)

 

GEGAU (Senario)

 

TITAN (Sabri Yunus)

 

AJO (Faizal Ismail)

 

 

41.6

65

28

 

39.7

 

67.7

 

63.1


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *