Bertempat di Chereza Lounge, Seri Pacific Kuala Lumpur telah berlangsungnya sidang media ‘BUSKERNITA CHALLENGE’ yang akan diadakan pada 12 November 2022 di pusat beli belah Lalaport Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur bermula 1 tengahari hingga 7 malam.
BUSKERNITA CHALLENGE adalah sebuah program khusus untuk kaum wanita bagi menggalakkan penglibatan dalam aktiviti busking sebagai kerjaya dan pendapatan sampingan merupakan anjuran Kretip Malaya. Kretip Malaya bakal menganjurkan 2 segmen iaitu Bengkel Asas Busking dan Buskersnita Challenge iaitu pertandingan muzik akustik. Program dianjurkan bersama Malaysian Buskers dengan sokongan AADK Malaysia dan Lalaport Bukit Bintang City Centre menawarkan sejumlah hadiah wang tunai sehingga RM3,000.
Program ini turut mendapat kerjasama Persatuan Malaysian Buskers, komuniti berdaftar yang mewakili penggiat seni jalanan peringkat Nasional. Selain itu, BUSKERNITA CHALLENGE turut mendapat sokongan dari pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang akan mengadakan perkongsian dalam bengkel yang diadakan pada hari yang sama di mana AADK akan berkongsi pencerahan untuk membuang stigma masyarakat terhadap pemuzik jalanan yang sering dikaitkan dengan isu dadah.
Pertandingan BUSKERNITA CHALLENGE bakal menawarkan wang tunai RM 3,000 untuk juara keseluruhan, RM1,500 pemenang tempat pertama dan RM500 pemenang tempat kedua. Program itu juga akan dimeriahkan dengan kehadiran busker terkenal mengadakan persembahan.