Kebanyakkan artis tempatan kini lebih gemar mengurus sendiri perjalan seni mereka, separuh dari mereka dilihat tidak ke mana dan ada yang ‘gugur’ ditengah jalan.
Menyedari keperluan pengurusan artis secara professional dan teratur, Clixster Music Sdn Bhd (“Clixster Music”) hari ini menandatangani satu memorandum persefahaman dengan Music Man Entertainment (“Music Man”) bagi pengurusan artis di bawah naungan Clixster Music. Antara bidang pengurusan yang ditekankan adalah pengurusan jadual promosi, rakaman,
pemasaran serta logistik.
Di majlis yang sama juga diperkenalkan artis-artis yang akan diuruskan oleh Music Man. Mereka adalah dua artis lelaki berkumpulan iaitu The Fingers dan OSKA Band serta tiga artis solo wanita iaitu Atira, Anngierl dan Noona.
Pada majlis tersebut, Clixster Music telah diwakili oleh pengarahnya, Othman Masri manakala Music Man diwakili oleh Sharil Salleh. Majlis diadakan di atas kapal persiaran Tasik Putrajaya dengan disaksikan hampir 100 orang tetamu. Antara tetamu yang hadir adalah Pengerusi Eksekutif Clixster Mobile Group Inc., Datuk Megat Razman Megat Khairuddin.
Othman Masri ketika ditemui berkata, “jika kita lihat industri muzik di barat, kesemua artis di sana diurus secara professional. Hasilnya artis yang diurus secara teratur ini dapat melahirkan produk yang berkualiti secara keseluruhannya. Ini yang kita mahukan dari artis yang lahir dari Clixster Music”
“Kita menekankan pengurusan efisyen untuk artis-artis baru kerana mereka belum mempunyai pengalaman dalam bidang ini. Bagi memastikan mereka dibimbing dengan betul, kita perlu memperkuatkan bidang pengurusan mereka”.