(HIBURAN) Dato’ Shake Kembali Dengan “CHAMELEON”

Spread the love

IMG_1851GMO

 

 

20 Disember 2012 – Bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur telah berlangsungnya pelancaran album Melayu penuh terbaru dari Dato’ Shake. Album yang bertajuk ” Chameleon” ini mengandungi 12 lagu baru berbahasa Melayu sepenuhnya dan ia diterbitkan bersama oleh Dato’ Shake dan MaddBlues. Menjawab pertanyaan media mengenai album ini, Dato’ Shake menjelaskan ia merupakan album untuk peminat beliau yang telah lama menantikan kemunculan buah tangan terbaru dari beliau. Dato’ Shake juga menjelaskan tahun 2013 merupakan tahun untuk beliau kembali aktif di dalam industri muzik Malaysia termasuklah siri konsert jelajah di beberapa bandar utama di Malaysia yang bakal diberitahu kelak. Pada majlis ini juga, Dato’ Shake telah diperkenalkan sebagai duta ANDPI (Association of Natural Disaster Prevention Industry)


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *