Kumpulan D’Bagindas terbentuk pada Februari 2009 memasarkan album kedua di Malaysia pada 2012. Dalam perjalanan sebuah band, kehadiran album kedua merupakan suatu penentuan untuk kumpulan D’Bagindas samada mereka akan terus berada dalam dunia muzik atau tidak. Tetapi album kedua yang bertajuk “Yang No 1” ini, nyata memberikan impak yang positif. Kenapa memilih judul ini?
“Album ini merupakan bahagian pertama dari dua album yang kami garap sekaligus tetapi akan dikeluarkan berasingan iaitu dalam vol. 1 dan vol. 2. “Yang No.1 “ juga adalah salah satu judul lagu baru yang ada di album ini. Selain ingin menunjukkan bahawa album ini merupakan album vol. 1, kami mengharapkan bahawa lagu-lagu yang berada dalam album ini mampu menjadi nombor 1 seperti mana tajuk Album ini.” Ujat Michael Christian selaku pemain keyboard dan juga komposer untuk semua lagu-lagu D’Bagindas.
Ujar Mike lagi, lagu “C.I.N.T.A” yang telah dilancarkan pada tahun 2010 di masukkan kembali dalam album ini kerana lagu ini mulai hit pada ketika itu kami sedang dalam proses pembikinan album “Yang No 1” ini. Jadi kami membuat keputusan untuk memasukkan kembali lagu-lagu tersebut. Kumpulan D’Bagindas boleh dikatakan sejajar dengan band-band yang dulu dari mereka seperti ST12, Hijau Daun mahupun Wali.
Di album “Yang No.1” ini D’Bagindas menyajikan sebanyak 5 lagu plus 3 lagu sebagai bonus track. ”Tiga lagu yang menjadi bonus track adalah sebuah lagu religi untuk menyambut bulan Ramadhan berjudul “Marhaban Ya Ramadhan” dan dua lagu dari album pertama kami dulu iaitu “Suka Sama Kamu” dan “Kangen”“ jelas gitaris Tile atau nama penuhnya Dian Purnama. 5 lagu baru yang berada di album ini adalah “Ay”,”Hidup Tapi Mati”,”Maafkan”,”Sendu” dan “Yang No.1”.
Vokalis D’Bagindas Beni Rianto atau Bian bercakap mengenai proses pembikinan album “Yang No.1” ini. ”Mungkin kerana semangat kami sedang tinggi dan bersedia, album ini dibuat dalam waktu yang sangat singkat iaitu hanya 5 hari di studio rakaman. Mood kami memang sangat bagus semasa proses pembuatan album ini”, ujar Bian.
“Sebetulnya masa untuk penyediaan album ini sudah lama, jadi ketika memasuki sesi rakaman semuanya sudah siap sedia. Makanya proses itu berlaku cepat ”, tambah Dandy Bachtiar selaku gitaris.
Semasa di dalam proses rakaman, D’Bagindas akhirnya berjaya menghasilkan sebanyak17 lagu. Dengan perbincangan yang sedalam-dalamnya bersama produser Yonathan Nugroho dan Yongky akhirnya kesemua 17 lagu ini akan dipisah di dalam dua album masing masing sebagai Vol. 1 dan Vol. 2. kami membuat keputusan untuk menempatkan 5 lagu baru untuk vol.1 dan bakinya di vol.2”, jelas Mike dan Tile bersama.
Bahkan D’Bagindas juga merancang jarak untuk mengeluarkan antara album Vol. 1 dan Vol. 2 tidak akan mengambil masa yang terlalu lama. Single pertama “Ay” yang dibawakan dalam tempo upbeat ini memang terasa riang dan tampaknya telah siap untuk menjadi hits. Bahkan video klipnya pun telah siap.
Menurut Mike,tema lagu yang dipaparkan D’Bagindas tetap bertumpu pada romantic asmara. ”Lagu ‘Ay’ sendiri sebetulnya merupakan hasil pengamatan saya terhadap anak muda yang tengah bercinta yang selalu memanggil kekasihnya dengan sebutan manja “ayang” atau malah disingkat “ay”. Ia nya memberikan rinspirasi kepada saya untuk menjadikannya sebuah lagu”, ungkap Mike tergelak. Disamping itu Mike mengaku banyak lagu-lagu ciptaannya berdasarkan dari pengalaman yang dialaminya sendiri. Jika mahu dilihat,kesemua 5 lagu baru di album ini memiliki kekuatan yang sama untuk menjadi hits.
“Pada awalnya kami ingin menyajikan karya yang boleh menghibur siapa saja”, ujar Bian yang memiliki lenggok Melayu yang kuat semasa mengekspresikan lagu-lagu yang dinyanyikannya. Lagu-lagu D’Bagindas didengari dimana-mana sahaja membuktikan bahawa kehadiran band ini diterima khalayak secara meluas.
“Jadi pemilihan ayat dalam lirik D’Bagindas saya buat seringkas mungkin. Saya suka mendengar orang ramai mengikut menyanyi lagu-lagu kami pabila mereka mendengar lagu kami. Ia menambahkan lagi inspirasi dan idea kepada saya untuk membuat lagu-lagu lain.” kata Mike yang mendapat inspirasi lagu selalu menyimpannya dalam handphone yang tak pernah lepas dari dirinya.
“Lagu-lagu yang telah saya rakam secara “raw” itu kemudian akan dibincang bersama ahli-ahli D’Bagindas yang lain hingga akhirnya menjadi sebuah lagu yang bagus”, tambah Mike lagi.
Dengan lancarnya album “Yang No.1” ini nampaknya D’Bagindas bersedia mengembangkan karier dalam industri muzik Malaysia yang telah dipenuhi oleh band-band. D’Bagindas juga akan terus menghasilkan karya-karya yang bagus pada masa akan datang.
Tracklist Album “Yang No 1”
1. Hidup Tapi Mati
2. Ay
3. Maafkan
4. Kangen
5. Yang No. 1
6. Sendu
7. Suka Sama Kamu
8. Marhaban Ya Ramadhan
9. C.I.N.T.A