UNIC adalah merupakan salah sebuah kumpulan nasyid yang popular di tanah air, Malaysia. Kumpulan ini mula ditubuhkan pada Mei 2002 yang dianggotai oleh 3 orang anak muda yang berbakat. Fenomena yang dibawa oleh UNIC menjadikan mereka antara kumpulan nasyid yang tersohor di Malaysia dan juga di negara jiran seperti Indonesia, Brunei, Thailand, Singapura. UNIC diambil dari perkataan “You and I See” dan gabungan perkataan UNIK yang di olah secara kreatif menjadi UNIC.
Antara lagu yang mendapat sambutan dan menjadi fenomena UNIC adalah seperti:
- Hanya Tuhan Yang Tahu
- Balqis
- Ainul Mardiah
- Di Atas Nama Cinta
- Binnabil Huda
- Menuju Wawasan
Sehingga kini UNIC telah berjaya membuktikan bahawa mereka merupakan salah sebuah kumpulan yang masih diingati dan diikuti oleh semua golongan masyarakat. Hampir setiap UNIC undangan dari penganjur pelbagai pihak, terutamanya pihak sekolah, universiti, badan kerajaan dan swasta. Konsep yang diterapkan dalam setiap persembahan UNIC (hiburan+motivasi) sentiasa diguna pakai agar setiap dari persembahan mereka memberi manfaat dan bukanlah hiburan yang sia-sia.
Pada tahun 2012, UNIC tampil dengan album Special Edition yang berjaya mencatat jualan sebanyak 20,000 unit dan salah satu track di dalam album ini menjadi fenomena di kalangan anak-anak kecil dan dewasa bertajuk DOA DHUHA.
ALBUM DOA
Album DOA – UNIC, menampilkan 18 jenis doa dengan alunan kontemporari serta 2 buah lagu nasyid, Ya Hanana & Ikramul Kareem. Menariknya album ini, UNIC buat pertama kalinya bergabung bersama Ustaz Selebriti terkenal Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre yang menyampaikan “Words of Wisdom” berselang seli dengan doa yang terkandung di dalam album ini
Istimewa album ini, UNIC terus mengekalkan konsep alunan doa yang disertai dengan makna dan disampaikan secara melodi santai. Mudah dihafal dan dihayati adalah faktor mengapa album ini diterima di setiap peringkat umur.
Antara doa-doa yang terkandung di dalam album ini adalah Doa Dhuha, Doa Istikharah, Doa Tahajjud, Doa Robitah, Doa Taubat, Qunut Nazilah dan disertai dengan 2 buah lagu Ya Hanana yang diberi nafas baru serta satu lagu baru Ikramul Kareem. Secara keseluruhan, album ini menampilkan kesungguhan UNIC untuk mengetengahkan konsep doa yang mudah untuk di ingati dan di hayati.
Album istimewa ini merupakan terbitan UNICDOTMY Pro Sdn Bhd di bawah label UNIC Records dan edaran oleh Inteam Records bersama Warner Music (M) Sdn Bhd. Ia kini boleh didapati di kedai-kedai CD yang terpilih atau secara online di www.unicmyshop.com dengan harga RM19.90. Malah ia boleh dimuat turun secara digital menerusi portal muzik terkemuka seperti iTunes, Spotify dan lain-lain lagi. Anda tidak rugi memilikinya.