“If it ain’t luck / Then it was meant to be” – SonaOne pernah menyanyikan kata-kata ini (yang bermaksud jika ia bukan nasib, bererti ia adalah takdir) dalam persembahan rapnya sewaktu persembahan spontannya yang memukau semasa beraksi dalam rancangan 16 Baris. Kini, kami dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa rancangan mencungkil bakat hip hop paling berpengaruh serta berkesan di Asia Tenggara kembali dengan Musim kedua! Untuk memulakan segalanya. pelopor rancangan tersebut iaitu karyawan hip hop tersohor Malaysia Joe Flizzow bersama dengan Rocketfuel Entertainment serta Kartel Records akan menjelaskan perjalanan 16 Baris serta segala bicara perihal hip hop serantau dalam sebuah dokumentari berjudul Finesse: The 16 Baris Story.
Berdurasi 30 minit, dokumentari tersebut menyingkap bagaimana 45 suara rap terunggul Asia Tenggara berkumpul setiap minggu di kedai gunting rambut milik Joe Flizzow iaitu Joe’s Barbershop di Subang Jaya, dan bertarung antara satu sama lain dalam seni hip hop paling tradisional iaitu perlawanan kata-kata secara spontan atau ‘freestyle’.
Itu merupakan asas utama yang melahirkan 16 Baris dan itu jugalah yang dipertaruhkan setiap minggu: Para peserta melontarkan lirik rap masing-masing secara spontan dengan cara yang paling kreatif dan bermakna untuk membuktikan bakat serta kehebatan masing-masing. Faktor inilah yang telah membawa kepada lebih satu juta tontonan selama 15 episod musim pertama rancangan tersebut. Dalam Finesse: The 16 Baris Story, para peserta akan didedahkan kepada cara menguasai bakat serta keyakinan diri sambal menyaksikan sendiri kelancaran gaya pertaruhan kata-kata terhebat dunia rap serantau..
“Saya sudah mempunyai idea untuk menghasilkan 16 Baris sejak membuka kedai gunting rambut saya yang pertama. Dari dulu saya ingin mengacara rancangan seperti ini yang boleh menggabungkan pelbagai penyanyi rap dalam satu acara, sehingga ternyata ia membawa satu perubahan”, ujar Joe Flizzow.
Dan kata-katanya adalah benar kerana belum ada rancangan sedemikian di rantau ini. Selain mencetuskan sebuah revolusi internet, 16 Baris juga telah berkembang menjadi sebuah jenama sinonim dengan sejarah serta pergerakan hip-hop Malaysia: melalui sebuah konsert percuma di The Bee, Publika, dengan 3000 peminat hip-hop yang datang melebih 500 yang dijangkakan. Ini telah membawa ke acara hip-hop tersbesar di bumi Malaysia iaitu Konsert 16 Baris Concert 2018 di Stadium Tenis Duta yang dihadiri oleh lebih daripada 5000 orang pencinta hip-hop! Paparan utama acara ini dapat disaksikan dalam Finesse: The 16 Baris Story.
Bersama penaja utama 16 Baris’ TuneTalk dan rakan kongsi JD Sports serta Pepsi sekali lagi, musim kedua dijangka lebih gah dari sebelumnya. Namun sebelum itu, saksikan Finesse: The 16 Baris Story sebagai peringatan tentang bagaimana segalanya bermula.
Finesse: The 16 Baris Story akan ditayangkan secara eksklusif di TGV Cinemas, 1 Utama pada Isnin, 10 Disember 2018 dan akan dihadiri oleh para artis serta 100 peminat bertuah. Ini akan diikuti dengan pelancaran atas taliannya pada hari yang sama di saluran YouTube 16 Baris.