Cornetto, pilihan utama ais krim di kalangan remaja, memperkenalkan ais krim Cornetto Taylor Swift Blackforest RED edisi terhad sempena penajaan eksklusif bersama penulis kisah cinta unggul iaitu Taylor Swift yang juga merupakan pemenang Anugerah GRAMMY sebanyak tujuh kali dengan Konsert The Red Tour.
Hayati dan alamilah rasa dan tekstur Cornetto Taylor Swift Blackforest RED edisi terhad yang tidak boleh dilupakan, daripada bentuk hiasan ros merah berkrim dan kepingan coklat kepada aiskrim coklat enak disertakan dengan sos raspberi. Hanya melalui gigitan pertama, anda tidak akan mampu mengetepikan ais krim ini sehinggalah ke titisan coklat yang terakhir.
Direka khas untuk konsert Taylor Swift, bungkusannya turut menampilkan tandatangan dan wajah Taylor Swift pada bahagian penutup dalam enam rekaan berbeza.
Ia kini boleh didapati di semua kedai di seluruh negara termasuk kedai serbaneka utama, stesen minyak dan pasar raya kecil pada harga hanya RM2.90.
Cornetto kini turut memberi peluang kepada para peminat untuk mendekati artis pujaan mereka, Taylor Swift. Nikmati ais krim lazat ini dan anda boleh memenangi pelbagai hadiah. Hadiah utama termasuklah tiket ke konsert Taylor Swift The Red Tour di Malaysia pada 11 Jun:-
- Lima (5) x 1 Pasang Pas Meet and Greet dan tiket Pit Standing
- Lima (5) x 1 Autographed Baby Taylor Swift Guitar (Gitar Kecil)
- Lima puluh (50) x 1 Pasang Tiket Pit Standing
- Lima (5) x 1 Pasang Pas Back Stage + Tiket Red Zone
- Tiga puluh (30) x 1 Pasang Tiket Red Zone
Hadiah lain termasuk CD RED Taylor Swift yang ditandatangan, set fon kepala Cornetto RED, baju-T Taylor Swift, topi Taylor Swift RED Cornetto, penghias kulit iPhone 5 Taylor Swift dan rantai kekunci Cornetto.
Hadiah diberikan berdasarkan sistem mata. Anda dikira mengumpul satu mata untuk mana-mana pembelian ais krim Cornetto sama ada Classic atau Royale. Untuk maklumat lebih lanjut dan menebus mata ganjaran menggunakan kod yang terdapat pada penutup aiskrim, layari www.facebook.com/Cornetto.
Shawn Tan, Ketua Kategori, Ais Krim Wall’s, Unilever Malaysia berkata, “Kami sungguh teruja dengan pelancaran edisi terhad Cornetto Taylor Swift Blackforest RED. Daripada pembungkusan sehinggalah ais krimnya, peminat Taylor Swift dan ais krim pasti akan menikmati pengalaman mengasyikkan Cornetto Red Ride. Peluang untuk bekerjasama dengan penghibur berprofil tinggi dan terkemuka di dunia seperti Taylor Swift juga ternyata merupakan satu impian menjadi kenyataan!”
Buat pertama kali di Malaysia, Cornetto bersama-sama Sony Music Malaysia mempersembahkan pertandingan “Ride to Fame” untuk para pemuzik Malaysia bagi merebut peluang mengadakan persembahan pembukaan untuk Taylor Swift pada 11 Jun ini. Pemenang Ride to Fame akan berpeluang untuk memulakan perjalanan muzik yang menarik serta membuat persembahan di konsert yang cukup laris itu.
Seramai lima peserta telah dipilih: Narmi, I Am Neeta, Mark Adam, Diandra Arjunaidi dan Deanna Hussin. Pada setiap minggu bermula pada 14 April, para peserta perlu memuat naik satu video di mana mereka akan dipilih bukan saja oleh peminat malah panel hakim bagi meraih peluang mengadakan persembahan pembukaan untuk Taylor Swift. Peminat digalakkan untuk melayari www.cornettoredtour.com bagi memilih artis kegemaran yang ingin mereka lihat tampil secara langsung di pentas. Pengundian akan bermula setiap Isnin hingga Sabtu pada minggu bermula pada 14April 2014. Setiap minggu, dua artis akan disingkirkan. Dua peserta akhir pula akan memperdengarkan lagu Taylor Swift mengikut kesesuaian suara mereka.
Para pengadil terdiri daripada Jennifer Thompson, Pengurus Artis, Penerbit Persembahan dan Aktivis Muzik; Alif Satar, Artis, Penyampai TV dan Pelakon serta Hermond Cheng, Pengurus Besar, Sony Music Malaysia. Pemenangnya akan diumumkan pada 12 Mei.