(HIBURAN) ELLA…30 tahun yang gemilang

Spread the love

IMG_1546Konsert Ella 2016 merupakan ulang tahun ke 30 penglibatan ratu rock Ella di dalam industry muzik Malaysia. Konsert yang telah berlangsung di Stadium Malawati pada malam Sabtu lepas berjaya menghimpunkan anggaran 8000 sehingga 10,000 peminat setiap Ella dari pelbagai peringkat umur.

IMG_1529Konsert yang berlangsung hampir 3 jam tersebut membangkitkan nostalgia kepada peminat ratu rock tanah air tersebut apabila Ella telah mendendangkan sekitar 27 buah lagu antaranya  Permata Biru,  Justeru , Bendera Damai , Pengemis Cinta, Cinta Berakhir, Dua Insan Bercinta, Layar Impian, Cinta Selembut Sutera, Pergilah Sayang, Kasih, Mungkin , Mendung Tak Bererti Hujan, Belenggu (instrumental), Penawar, Bayangan, Nuri, Permata Pemotong Permata, Rindu, Demi, Menanti, Sembilu, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Kitalah Bintang, Bolero, Kesal, Tiada Tangis Lagi dan Gemilang.

IMG_1553Pemilik nama Norzila Aminuddin ini menunjukkan kemampuan mengadakan persembahan lincah dari awal persembahan sehingga akhir konsert tanpa cacat cela atau keterbatasan dari segi faktor umur. Persembahan ini juga menampilkan kemunculan istimewa insan-insan yang yang dekat dengan beliau antaranya penampilan istimewa suami beliau sendiri iaitu Azhar Ghazali yang mengiringi persembahan beliau selaku pemain gitar untuk beberapa buah lagu dan turut sama menyanyikan lagu duet Mendung Tak Bererti Hujan yang merupakan nyanyian duet asal Ella bersama Deddy Dores serta kemunculan semula adik beliau Korie yang sama-sama berduet untuk lagu Pergilah Sayang.

IMG_1619Ella turut sama menjemput Lord dari kumpulan The Boys yang memperkenalkan Ella ke dunia nyanyian ketika bersama Ella and The Boys sebagai satu penghargaan buat mereka yang banyak berjasa pada beliau dalam industri muzik tanah air.

IMG_1606Konsert diketuai oleh Man Kidal sebagai pengarah muzik dan membariskan barisan pemain gitar handalan seperti Hero, Kyoji Yamamoto, Joey Wings, Hilary Ang, Lord, Edrie Hashim yang mengiringi persembahan Ella pada malam tersebut.

IMG_1689Pada malam tersebut, Kaka Azraff membuka tirai konsert dengan lagu Bukan Hal Aku dan Standing In The Eyes Of The World serta kumpulan Bunkface dengan dua lagu iaitu Malam Ini Kita Punya dan Darah Muda.

IMG_1664Bertemakan anti dadah, konsert ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor.

IMG_1671


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *