(HIBURAN) EXISTS Persembahkan EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ 4 Oktober 2025 Bakal Beri Kemewahan Peribadi Buat Peminat

Spread the love

EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ. Begitu nama penganjuran konsert terbaharu EXISTS — kumpulan yang dianggotai Ujang, Ajai, Musa, Along dan Ezad. Judul EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ sememangnya sesuai dengan kredibiliJ mereka. EXISTS bukan kumpulan masa kini, namun kerana kualiti dan betapa malar segar karya yang telah dicipta sejak akhir tahun 1991, kumpulan ini menjadi pemuzik dari era 90-an yang paling laris dalam pasaran penganjuran konsert masa kini.

EXISTS telah membuat pelbagai konsert sekitar dua tahun kebelakangan ini. Namun EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ yang dijadual berlangsung di JioSpace, Petaling Jaya, Selangor pada 4 Oktober 2025 bakal memberi pengalaman bertaraf premium dan berbeza daripada sebelumnya.

Menurut Sean Ng dari JioBuddy, selaku penganjur mereka sedar EXISTS boleh dilihat ‘di mana-mana’ kerana permintaan terhadap kumpulan yang diasaskan di Johor Bahru ini cukup tinggi. Namun selaku penganjur, mereka melihat EXISTS sebagai sebuah kumpulan yang mempunyai kekuatan tersendiri untuk menarik peminat memenuhi ruang JioSpace pada 4 Oktober 2025.

“Kami tidak boleh menafikan bahawa EXISTS telah bermain dalam banyak persembahan dan konsert sekali gus ditonton oleh banyak peminat setahun kebelakangan ini. Konsert mereka ‘back to back’.

“Secara logiknya juga, EXISTS akan memainkan lagu-lagu hit mereka sama seperti dalam kebanyakan persembahan atau konsert yang telah dilakukan.

“Bagaimanapun selaku penganjur, saya boleh memberi jaminan EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ akan bertaraf premium atau mewah seperti judul yang dipilih.

“Premium daripada segi permainan muzik, premium daripada segi audio dan premium buat peminat yang hadir kerana konsert ini bersifat lebih inJm,” ujar Sean Ng dari JioBuddy.

EXISTS juga menyifatkan EXISTS PREMIUM LIVE @PJ yang dijangka bermula pukul 8.30 malam sebagai sebuah kembara muzik yang berbeza berbanding konsert atau persembahan sebelumnya.

Sebagai sebuah kumpulan yang sudah sangat matang dalam muzik dan mengendali peminat, EXISTS mahu EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ memiliki pesona mewah tersendiri. Peminat yang hadir bukan hanya menikmati muzik tetapi bakal memiliki barangan eksklusif EXISTS.

“Muzik kami akan menyentuh dan menjalar dalam tubuh peminat dengan rasa yang sangat premium. Hanya mereka yang hadir dapat mendifinisikan makna premium atau mewah yang dihidangkan EXISTS menerusi EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ pada 4 Oktober 2025,” ujar Along.

Maka untuk menikmati rasa premium yang dijanjikan penganjur dan EXISTS, peminat boleh mendapatkan tiket dalam beberapa kategori. Lebih mengujakan, 100 peminat bertuah akan memiliki peluang bergambar secara peribadi bersama setiap anggota EXISTS.

Tiket dengan kategori Premium (RM588), VIP (RM488) dan Diamond (RM368) boleh didapati menerusi www.jiotix.asia atau talian hotline +6011 1660 1122 (khusus untuk peminat dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU) sahaja).

Jadi tunggu apa lagi? Jangan sampai terlepas peluang yang sangat premium ini. EXISTS menanti anda, peminat yang tidak pernah berhenti menyokong perjuangan mereka.

INFORMASI

Artis: EXISTS

Acara: EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ

Lokasi: JioSpace, Petaling Jaya

Tarikh: 4 Oktober 2025

Waktu: 8.30 Malam (Sabtu)

Penganjur: JioBuddy

Harga tiket: Premium (RM588), VIP (RM488), Diamond (RM368)

Pembelian Jtiet: www.jiotix.asia

Talian hotline: +6011 1660 1122 (Whatsapp Sahaja)


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *