(HIBURAN) FESTIVAL KUALA LUMPUR RIVER JAZZ 2022

Spread the love

Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, jabatan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia telah mengambil inisiatif bagi menganjurkan Festival KL River Jazz 2022 yang akan berlangsung di lokasi Guiding Gallery, River of Life (ROL) pada tfarkh 26 dan 27 November 2022 bermula jam 3 petang sehingga 12 malam.

Festival ini bakal menampilkan artis-artis dan penggiat-penggiat Jazz terkenal tempatan dan juga dari luar Negara, yang pastinya akan menjadi sebuah acara yang hebat dan mempunyai prestijnya yang tersendiri.

Menurut Mohamed Fauzi bin Hj. Ahmad, Ketua Unit Kebudayaan, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan (DBKL), objektif utama penganjuran festival ini adalah sebagai salah satu inisiatif untuk membantu menghidupkan dan merancakkan semula sektor industri pelancongan di Kuala Lumpur setelah industri pelancongan teruk terjejas akibat pendemik Covid-19. Justeru itu DBKL memilih Guiding Gallery, River of Life (ROL), Jalan Leboh Pasar Besar berhampiran Jalan Mahkamah Persekutuan sebagai lokasi festival yang juga merupakan salah satu lokasi tumpuan pelancongan di Kuala Lumpur. Para penonton bakal menikmati persembahan berlatar belakangkan pemandangan indah titik pertemuan antara dua sungai iaitu Sungai Klang dan Sungai Gombak yang merupakan lokasi ikonik Kuala Lumpur.

Untuk makluman, projek ROL ini yang telah dibangunkan pada 2018 telah diiktiraf sebagai salah satu daripada “World’s Ten Best Waterfront District’ oleh media antarabangsa The Independent UK.

Objektif kedua penganjuran festival ini adalah untuk mengaktifkan semula aktivitiaktiviti persembahan yang melibatkan artis dalam nuansa Jazz tempatan dan dalam masa yang sama turut mempromosikan muzik genre Jazz sebagai hiburan baru yang unik kepada warga Kuala Lumpur khususnya para pelancong.

Festival KL River Jazz 2022 akan menggabungkan para artis Jazz terkenal antarabangsa seperti SORE (Indonesia), Mike Price (Australia) Joe Rosenberg (USA) dan para maestro Jazz tempatan seperti Steve Thornton, Michael Veerapen, Atilia, Dasha Logan, Junji Delfino, Lewis Pragasam, Fly Halizor, John Thomas, Rozhan Rahman, Eric Li, Zahid Ahmad, Razak Rahman, Jazztified, RT2, Attap Jazztrod, Rhythm & Sax dan ramai lagi pastinya bakal menggamit kehadiran ramai, fambahan ianya diadakan secara PERCUMA di lokasi yang sesuai kepada seisi keluarga.

Jadi apa lagi warga kota, kali ini muzik Jazz bakal menjadi halwa telinga anda pula. Ayuh semual


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *