JWANITA – Sebuah lagi taruhan terbaru dari pengarah Osman Ali. Kali ini beliau kembali mempertaruhkan genre seram/ horror. Jwanita, seorang gadis yang mengalami masalah mental yang serius akibat kisah silamnya yang sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu dan bapa angkatnya, pengamal ilmu hitam.
Sinar harapan mula muncul dalam hidupnya apabila dia bertemu dengan Farhan, doktor yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu dan bapa angkatnya. Namun, segalanya punah apabila Farhan yang dicintainya merupakan tunang kepada adik kandungnya, Julaika yang ternyata lebih bernasib baik darinya.
Selepas menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan dan Julaika, Jwanita muncul semula. Jwanita kembali dengan perwatakan yang berbeza… namun dengan azam dan dendam durjana. Jwanita di terbit oleh Nuansa Films dan Ehsan Productions.
Filem ini dibarisi dengan pelakon- pelakon yang bukan calang- calang hebatnya. Mempertaruhkan Maya Karin sebagai tunjang utama, JWANITA turut membariskan Bront Palarae, Cristina Suzanne, Datin Paduka Umie Aida, Marsha Milan, Zarina Zainudin dan ramai lagi. Lagu Tema “Dendam Cinta” di nyanyikan oleh Datin Alyah