Filem KIL yang pada asalnya hanyalah sebuah projek indie diantara 3 sahabat baik Nik Amir Mustapha, Rewan Ishak & Jeremy Little ini berjaya menarik minat pihak penerbit Grand Brilliance untuk dibawa terus ke layar perak yang akan ditayangkan pada 30 Mei 2013. KIL memulakan penggambaran pada May 2011 selama 11 hari menggunakan kamera Canon DLSR 5D Mark II. Sejurus selepas penggambaran, pihak produksi melancarkan trailer di Youtube & Facebook. Ia mendapat reaksi yang positif dari penonton. Bermula sebagai sebuah filem indie, KIL kemudiannya menjadi salah satu filem yang dinanti-nanti di Malaysia. KIL melalui proses pasca produksi dan siap sepenuhnya pada awal tahun 2012.
SINOPSIS
Akil, seorang pemuda pendiam dan menghadapi tekanan hidup mengambil langkah mudah untuk membunuh diri sebagai jalan penyelesaian mengakhiri kehidupannya. Walaupun telah banyak kali mencuba untuk membunuh diri tetapi tidak pernah berhasil. Suatu hari, Akil menemui iklan mengenai sebuah organisasi ‘ Life Action Bureau ‘ (LAB) yang dapat membantunya mencapai matlamat untuk menamatkan riwayat hidupnya. Setelah terikat dengan terma dan syarat dengan LAB, Akil telah bertemu dan jatuh cinta dengan Zara, seorang gadis cantik dan periang yang telah memberikannya sebab dan sinar baru untuk meneruskan kehidupannya di dunia. Kini, Akil perlu mencari jalan penyelesaian untuk membatalkan perjanjian dengan LAB sebelum dia di bunuh!
PELAKON
Redza Minhat – Akil
Cristina Suzanne – Zara
Harun Salim Bachik – Konsultan
Hasnul Rahmat – Johan Iskandar
Dira Abu Zahar – Salina
Anne James – Mrs Jasmine
Atilia Haron – Isteri Johan
Raja Nor Baizura – Ibu Akil.
Juliana Evans – Pelajar Sekolah
Aidil Rusli – Aidil Manjalara
Anuar Zakri – Boss