MUBI, distributor dan servis strim filem global berkurasi dengan bangga mengumumkan filem Ryusuke Hamaguchi yang diiktiraf secara kritis, Drive My Car, akan ditayang di MUBI, secara eksklusif di Malaysia.
Filem yang ditulis-bersama dan diarahkan oleh Ryusuke Hamaguchi, Drive My Car mendapat tayang perdana dunia dalam pertandingan pada Festival Filem Cannes 2021, dimana ia memenangi Best Screenplay. Ia langsung terpilih sebagai Kemasukan rasmi negara Jepun untuk Best International Feature Film di Academy Awards® ke-94, dan turut mendapat empat nominasi Academy Awards® (Best Picture, Director, International Feature Film dan Adapted Screenplay) dan tiga BAFTA Film Awards (Director, Film Not in English Language dan Adapted Screenplay).
Diadaptasi daripada cerita pendek Haruki Murakami, Drive My Car merupakan sebuah filem jalanan agak menghantui tentang percintaan, kehilangan, penerimaan dan ketenangan. Dua tahun selepas kematian mengejut isterinya, Yusuke Kafuku (Hidetoshi Nishijima), seorang pelakon pentas dan pengarah tersohor menerima tawaran untuk mengarah sebuah produksi Uncle Vanya di festival teater Hiroshima. Disana, beliau bertemu dengan Misaki Watari (Toko Miura), seorang wanita muda yang pendiam yang ditugaskan oleh pihak festival untuk memandu beliau dengan Saab 900 merah kesayangannya. Semakin hampir dengan tayangan perdana produksi tersebut, keadaan agak tegang diantara pelakon dan kru, tidak kurang jugak antara Yusuke dan Koji Takatsuki, seorang bintang TV yang tampan dan berkongsi hubungan yang tidak diundang dengan isteri Yusuke. Dipaksa untuk berdepan dengan kebenaran yang menyakitkan dari masa silam, Yusuke mula – dengan bantuan pemandunya – menghadapi misteri yang ditinggalkan oleh isterinya.