(HIBURAN) Fourtwnty – Nalar 2023 The Album Tour Buat Peminat Di Singapura

Spread the love

Saat lagu-lagu seperti Aku Tenang, Fana Merah Jambu, Kita Pasti Tua dan Zona Nyaman masih menjadi peneman penggemar, Fourtwnty siap memperkenalkan album ketiga.

Nalar, begitu judul album ketiga yang diisi 10 buah lagu. Maksudnya sederhana ; sentiasa, selalu, namun pengisian Nalar membawa mesej cukup besar.

Mengangkat mesej atau tema mengenai penderitaan seseorang hingga persoalan mental, Nalar tidak hanya mahu diperdengarkan lewat telinga dan mata di medium kaca televisyen juga telefon pintar tetapi Fourtwnty dengan bangga memperkenalkan album ini secara berdepan.

Fourtwnty – Nalar 2023 The Album Tour begitu dengan bangga diperkenalkan siri jelajah yang menyaksikan Ari Lesmana, Asep Nurohman, Andika Dwi Putra Arman, Primanda Ridho dan Ryan Maulana siap menyapa penggemar di beberapa kota atau negeri terpilih.

Lebih mengujakan Fourtwnty – Nalar 2023 The Album Tour menyaksikan kugiran yang dikenal dengan genre pop folk dan lirik puitis ini buat pertama kali muncul di Singapura sempena rangka promosi untuk album ini.

Nalar 2023 The Album Tour terlebih dahulu menyapa penggemarnya di Capitol Theatre, Singapura pada 7 Oktober 2023.

Fourtwnty – Nalar 2023 The Album Tour akan mengubati kerinduan peminat di Singapura terhadap kemunculan grup yang senantiasa di tunggu-tunggu ramai ini.

“Melakukan siri jelajah di beberapa kota di Malaysia adalah sebuah rencana yang luar biasa mampu dilaksana Fourtwnty. Tidak kita sangka mimpi itu bisa dilaksana lewat album ketiga kami dan akhirnya kami dapat bertemu mata dengan peminat di Singapura.

“Sampai jumpa nanti, Nalar tidak sabar untuk diraikan bersama-sama,” ujar Ari Lesmana.

Larasuka telah menjadi senjata pertama dari Nalar yang terus membuai emosi dan melekat di jiwa. Selain Nalar, album yang digarap bersama penerbit sekian lama yang bekerja dengan Fourtwnty, Andi, juga diisi dengan satu-satunya lagu bahasa Inggeris iaitu High.

Fourtwnty – Nalar 2023 The Album Tour

7 October 2023 – Capitol Theatre, Singapura

Tiket-tiket berikut akan mula dijual pada xxxxx di xxxx.

Diamond (Standing) – SGD 148

Platinum (Level 3) (Seated) – SGD 128

Platinum (Level 4) (Seated) – SGD 118


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *