Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai buat pertama kalinya membuat penampilan istimewa bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) pada pratonton media Konsert Yuna & Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) yang berlangsung di Istana Budaya pada 5 September 2013. Konsert yang berdurasi selama hampir 2 jam itu telah berjaya memukau para penonton yang hadir pada malam tersebut. Yuna menyanyikan sebanyak 22 buah lagu kesemuanya antaranya ialah decorate, favourite thing, young, gadis semasa, coffee, gelora jiwa, dan sebenanrnya, terukir di bintang, live your life, remember my name, deeper conversation, I miss you, musician, I wanna go, stay, fears & frustrations, right again, lullabies, no diggity@let love come through dan penakut.
Penyanyi yang lahir di Kedah dan dibesarkan di Subang ini juga membuat kejutan dengan membuat penampilan istimewa bersama gitaris kumpulan Incubus, Mike Einziger dengan membawakan lagu Deeper Conversation diiringi mainan muzik gitaris tersebut. Yuna dan Mike turut bergandingan menerusi lagu Incubus sendiri berjudul I Miss You. Anggun dengan mengenakan dua helai persalinan dari pereka terkenal Hatta Dolmat, Yuna berjaya memukau penonton yang hadir pada konsert berkenaan dengan persembahan bersahaja dan matang yang membuktikan pengembaraan muzik beliau di Amerika Syarikat selama tiga tahun ternyata memberikan impak yang besar dan berbaloi. Penyanyi yang kini menjadi artis syarikat rakaman antarabangsa milik David Foster, Verve Records ini juga menyanyikan beberapa buah lagu ‘cover version’ antaranya sebuah lagu Seniman Tan Sri P. Ramlee berjudul Gelora Jiwa. Lagu tersebut merupakan permintaan peribadi bapa beliau yang ingin melihat Yuna turut sama mengangkat karya seni seniman tersebut yang mana ia jarang-jarang sekali diperdengarkan di khalayak umum. Susunan muzik lagu Gelora Jiwa. tersebut juga disusun semula oleh pemain gitar terkenal AG Coco bersesuaian dengan lenggok suara Yuna. Konsert tersebut akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat (6 September 2013 ) hingga sabtu ini (7 September 2013) namum pihak media dimaklumkan bahawa kesemua tiket persembahan Yuna untuk pada malam-malam berikutnya habis dijual sebelum konsert bermula lagi dan ia menjadikan Yuna artis ketiga yang membuat persembahan di Istana Budaya yang berjaya memecahkan rekod penjualan tiket habis terjual (SOLD OUT) sebelum persembahan berlangsung selepas Dato Siti Nurhaliza dan Anuar Zain. Yuna juga diangkat sebagai penyanyi bergenerasi baru pertama dan termuda yang membuat persembahan dengan diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) di Istana Budaya menurut kata Ketua Pengarah Istana Budaya Datuk Muhamad Juhari Sharaani atau lebih dikenali sebagai Abg Joe ketika sidang media selepas persembahan malam tersebut.