Penyanyi dari Indonesia, Ghea Indrawari, bakal kembali menemui peminat di Malaysia menerusi konsert solo istimewa bertajuk “GHEA INDRAWARI : RASI JIWA – Live in Kuala Lumpur” yang dijadualkan berlangsung pada 8 Mei 2026 di Zepp Kuala Lumpur.
Konsert ini dijangka menyajikan persembahan sarat emosi dan keintiman, selari dengan identiti muzik Ghea yang terkenal dengan lagu-lagu balada berteraskan kejujuran perasaan serta penceritaan jiwa.
Menurut Ghea, Rasi Jiwa membawa falsafah tentang penerimaan diri dan proses emosi yang tidak semestinya sempurna.
“Rasi Jiwa menolak standard ‘harus baik-baik saja’. Ia mengajak anak muda untuk mengakui proses termasuk fasa bingung, jatuh dan belum selesai,” katanya.
Konsert ini direka bagi memberi pengalaman lebih dekat kepada penonton, dengan beberapa kategori tiket ditawarkan termasuk free standing, tempat duduk bernombor, serta zon VIP berhampiran pentas.
Menariknya, kategori tiket dinamakan berasaskan fasa emosi kehidupan, dengan harga ditawarkan bermula RM198 – RM 238 (berdiri tingkat bawah) dan RM 338 – RM 368 (duduk tingkat atas). Sementara itu, VIP Suite berharga RM5,000 dan Meet & Greet RM300.
Pemilihan Zepp Kuala Lumpur dilihat sesuai dengan konsep konsert yang menekankan elemen keintiman dan interaksi emosi antara artis dan penonton.
Tiket konsert “RASI JIWA – Live in Kuala Lumpur” boleh didapati menerusi laman web rasmi https://GheaRasiJiwaKL.com serta platform jualan tiket LOKET.
Tiket Pra-Jualan akan mula di jual pada 10 Juanuari 2026 bermula jam 10:00 pagii untuk mereka yang telah mendaftar di laman tiket sementara tiket untuk Jualan Awam pula akan mula dijual pada 11 Januari 2026.
