Adakah anda sudah lama menginginkan kelas kemahiran memasak terhebat yang mampu membantu anda dalam menyediakan pelbagai resepi lazat dan mempelajari tips berguna di dapur? Jika ya, anda mungkin harus bertemu dengan cef terkenal, Gordon Ramsay dalam sebuah rancangan berjudul “Gordon Ramsay’s Ultimate Cookery Course” di ntv7 setiap hari Selasa jam 9.00 malam bermula 8 Julai ini. Dan jangan risau, rancangan ini tidak akan membabitkan kekasaran atau ketegasan melampau cef berdisiplin ini.
Walaupun sibuk bekerja namun Cef ini juga raja di dapur kediamannya untuk menyediakan masakan buat si isteri dan empat orang anaknya. Antara hidangan yang bakal disediakan pula adalah menu sihat buat seisi keluarga yang disediakan dengan semudah dan seringkas yang mungkin. Tetapi kriteria lain pastinya menu makanan tersebut haruslah lazat dan tampak menarik.
Terkenal dengan sifat cerewet, Chef Ramsay yang mula menceburi bidang masakan dari usia 17 tahun bakal membawakan rancangan unik yang menggabungkan pelbagai tips dan helah masakan untuk mengajar penonton untuk menjimatkan masa dan wang namun tetap menyediakan masakan enak.
Di dalam setiap episod, Ramsay akan membawa anda ke pelbagai dimensi masakan moden dalam menghasilkan resepi lazat menerusi rahsia rempah ratus, cara membakar, mengadun dan sebagainya bagi melengkapkan hidangan sepanjang hari tidak kira ketika sarapan, makan tengahari, makan malam, mengadakan menu majlis, mahupun menyediakan snek untuk mengisi perut kala lewat malam.
“Ini adalah di antara sebab mengapa ramai wanita suri rumah dan bukan suri rumah jatuh hati dengan resepi daripada Ramsay kerana ia mudah disediakan serta tips memasaknya menjadikan pengalaman memasak lebih menyeronokkan,” kata Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.
“Menerusi rancangan masakan yang unik dan ceria ini, kami berharap para penonton akan belajar pelbagai ilmu masakan serta gembira memasak bersama seisi keluarga,” tambah Airin.
“Ia merupakan rancangan yang bakal membuatkan keluarga anda teruja menerusi kandungannya yang padat serta hasil resepi yang mengagumkan.”
Selain itu, Ramsay juga akan menerangkan cara-cara yang sepatutnya dilakukan dalam membersihkan dan menyediakan ramuan masakan serta mendemonstrasikan segala-galanya dari mendapatkan imbangan ramuan masakan yang tepat mahupun cara menggoreng dengan cara profesional. Ramsay juga akan berkongsi pengetahuannya dalam mendapatkan makanan segar dari pasar dan pelbagai lagi tips.
Jangan lupa menyaksikan “Gordon Ramsay’s Ultimate Cookery Course” di ntv7 (Saluran 107) setiap hari Selasa jam 9.00 malam bermula 8 Julai ini. Rancagan ini juga boleh ditonton semula di www.tonton.com.my.
ntv7 juga boleh ditonton di Saluran 107. Rancangan kegemaran anda juga boleh dilihat semula di www.tonton.com.my serta ikuti perkembangan terbaru kami menerusi media sosial:
Facebook (Urban – ntv7 │Chinese – ntv7 中文)
Twitter (@ntv7)
Instagram (Urban @ntv7 │Chinese – @ntv7chinese)
Hashtag us at #ntv7 and follow our latest daily updates