(HIBURAN) ‘GROWING UP SUCKS’ Mesej Terbaru Bintang Thai-Inggeris Chaleeda

Spread the love

Artis antarabangsa pertama di bawah naungan Rocketfuel, Chaleeda Gilbert nampaknya tidak berputus asa dalam mengembangkan bakat seninya. Bintang berdarah Thai-Inggeris ini kembali dengan sebuah lagu baru yang lebih segar berjudul ‘Growing Up Sucks’.

‘Growing Up Sucks’ secara umum menceritakan tentang seseorang yang rindukan zaman mudanya namun masih bersyukur kerana biarpun waktu itu telah berlalu, dia masih mempunyai teman istimewanya bersama-sama.

Lagu yang berentak ‘easy listening’ ini merupakan hasil nukilan beberapa orang komposer berbakat iaitu Justin Seow, Kuizz Shah, dan Wee Zhen Yong manakala liriknya pula ditulis oleh artis tempatan, Bil Musa.

Chaleeda yang  mula dikenali dahulu lewat platform media sosial Youtube kerana sering menyanyikan semula lagu-lagu popular artis antarabangsa, berjaya menarik perhatian pihak Rocketfuel dan kini bergelar artis rakaman dan juga pelakon.

Pernah bekerjasama dengan bintang hip hop tersohor SonaOne, Chaleeda juga semakin dikenali di Malaysia.

” Selepas mendapat maklum balas yang baik dari peminat dari Malaysia, kami yakin Chaleeda akan berjaya menempatkan diri di dalam muzik Industri tempatan. Lagu-lagu yang kami sajikan juga adalah mengikut citarasa tempatan walaupun ianya lagu berbahasa Inggeris. ”

Lagu ‘Growing Up Sucks’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Growing Up Sucks’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network. 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *