(HIBURAN) “HASRAT” DINOBATKAN JUARA LAGU 38

Spread the love

Kuala Lumpur, 4 Mac 2024 – Teka – teki lagu manakah yang berjaya merangkul gelaran Juara Lagu dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi telah terjawab.  Lagu “Hasrat” nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Amir Johari telah menepati ramalan pencinta muzik Malaysia dengan mengungguli acara kemuncak AJL 38 yang melabuhkan tirai malam tadi.

Sejak penganjurannya, Anugerah Juara Lagu (AJL) bermatlamat untuk memartabatkan lagu terbaik pada setiap tahun. Muzik dan AJL sudah sebati sepanjang penganjurannya yang meraikan kepelbagaian genre muzik. Selain itu, AJL juga merupakan platform untuk pengkarya muzik Malaysia menyerlahkan bakat dan kreativiti mereka selain menjadi perantara menghubungkan peminat dengan penyanyi kegemaran mereka yang menyaksikan evolusi AJL selama 38 tahun.

Tahun ini, AJL 38 mengetengahkan tema ‘MUZIKAVERSE’, gabungan dua perkataan iaitu MUZIK dan MULTIVERSE dimana kita menggabungkan dunia yang berbeza antara penyanyi, penulis lirik dan komposer dalam mencipta sebuah karya lagu yang baharu.

Malam anugerah tersebut telah menggandingkan dua ikon pengacara yang berkarisma iaitu Sherry Alhadad dan Alif Satar. Karpet Merah dihoskan oleh Fizi Ali dan Fiza Frizzy yang disiarkan di TV9 pada pukul 8.30 malam.

AJL 38 membuka tirai dengan persembahan yang sangat bertenaga dengan konsep ‘girl band’ yang menggandingkan dua vokalis iaitu Shila Amzah dan Vanessa Reynauld, dan julung kalinya persembahan pembukaan dengan lagu medley antarabangsa dan tempatan. Sissy Iman sebagai pemain keyboard dengan 3 pemain muzik muda yang berbakat besar iaitu Naimi Daini (drum), Tasneem Bolhasan (bass) dan Anis Kalisa (gitar). Interlude AJL38 pula dijayakan oleh 3 penyanyi hebat iaitu Datuk Zainal Abidin, Ella dan Dayang Nurfaizah.

AJL 38  dibawakan khas oleh Alha Alfa sebagai penaja utama Tampil berbeza bersama Alha Alfa, Perbezaan itu Keunikan Kita.” “Digayakan oleh Applecrumby, Kayangan Yang Mampu.”Rakan Penaja Panadol, Diserap 2 kali Lebih Cepat.”Kolaborasi bersama Anker, Teknologi Terkini, Menjana Generasi Bijak Malaysia.”Hot FM sebagai rakan radio. OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital.

Senarai kategori anugerah dan hadiah:

Kategori Hadiah Pemenang
Juara Lagu RM 100,000 dengan trofi Hasrat

Komposer/Penulis Lirik/Penyanyi:

Amir Jahari

Tempat Kedua RM 50,000 dengan trofi Sutera

Komposer: Aisha Retno & MFMF

Penulis Lirik / Penyanyi: Aisha Retno

Tempat Ketiga RM 30,000 dengan trofi Jangan Mati Rasa Itu

Komposer/Penulis Lirik/Penyanyi:

Aina Abdul

Vokal Terbaik RM 12,000 dan trofi Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul
Persembahan Terbaik RM 12,000 dan trofi Sutera – Aisha Retno
Penyanyi Pilihan Alha Alfa RM12,000 dan trofi Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul

Sidang produksi AJL 38 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues, Ketua Unit Produksi, Penjenamaan dan Hiburan TV3, Shazreena Mohd Kassim sebagai penerbit eksekutif dan Shahrizan Razalli sebagai penerbit.

Barisan juri profesional Anugerah Juara Lagu 38 diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail, dan disertai oleh Dato’ Wah Idris, Dato’ Acis, Azlan Abu Hassan, Jari, LY, Noryn Aziz, Ad Samad, Efry Arwis, dan Adlin Aman Ramli.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #AJL38  #muzikaverse untuk menghangatkan lagi perbualan di platform media sosial.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *