(HIBURAN) INTEAM & FAROUK ROMAN BERGABUNG DALAM LAGU EMOSI “SATUKAN KAMI DI SYURGA

Spread the love

Kumpulan nasyid popular tanah air, Inteam, kembali dengan buah tangan terbaru berjudul “Satukan Kami Di Syurga”, sebuah karya istimewa hasil ciptaan komposer prolifik, Farouk Roman, dan lirik menyentuh jiwa oleh personaliti TV dan penulis terkenal, Fedtri Yahya.

Farouk Roman yang dikenali melalui karya-karya hit bersama Khai Bahar, Hazama dan Dato’ Siti Nurhaliza, membawa sentuhan baru dalam nasyid kontemporari melalui kolaborasi ini.

Inteam meluahkan rasa teruja dapat bekerjasama dengan Farouk, menyifatkan lagu ini sebagai satu kelainan dalam perjalanan seni mereka.

Menurut Hazamin Inteam, “Kami berharap lagu ini mampu menjadi fenomena, dan dekat di hati pendengar.”

Syah Inteam pula menambah, “Lagu ini sangat universal, mudah diterima dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.”

Rahim Inteam optimis, “Lagu ini ada potensi besar untuk jadi popular, ia memberi nafas baharu buat kami.”

Hisyam Inteam turut berkongsi, “Ia bukan sekadar lagu – ia perlu disampaikan dengan rasa dan keikhlasan yang mendalam.”

Menambah istimewa, muzik video Satukan Kami Di Syurga menampilkan pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza bersama anak-anak mereka. Kolaborasi ini merupakan penampilan semula mereka dalam muzik video Inteam selepas lagu DIA pada 2019.

Norman Hakim menyatakan, “Saya bersyukur dapat kembali bekerjasama dengan Inteam selepas sekian lama. Ia satu momen yang menyentuh hati.”

Lagu ini membawa mesej kasih sayang, pengharapan dan doa agar dipertemukan kembali di syurga bersama insan tersayang – menjadikannya relevan dalam dunia penuh cabaran hari ini.

“Satukan Kami Di Syurga” boleh ditonton di saluran YouTube Inteam Digital dan didengari di semua platform penstriman digital utama bermula 6 November 2025.

Untuk pertanyaan media:

Inteam Records Sdn Bhd

Emel: inteamrecords@gmail.com

Instagram: @inteamrecords


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *