Selepas 5 tahun, Ip Man kembali semula di pawagam! Penggambaran Ip Man 3 yang bermula di Shanghai pada akhir bulan Mac 2015, dan mengambil masa hampir 4 bulan untuk disiapkan. Donnie Yen dan Max Zhang akan memperkenalkan seni pertarungan ‘Wing Chun’ yang lebih sengit, sehingga mencabar raja tinju Mike Tyson dengan ejekan: “Saya ingin tahu tumbukan siapa lebih cepat, Kau ataupun Saya?”. Ip Man 3 akan meneruskan babak aksi ikonik yang diperkenalkan dalam Ip Man 3 (“Saya ingin mencabar 10 orang”), dan Ip Man 2 (Perjuangan di atas meja jamuan), janji akan membawa kita satu lagi adegan pertarungan aksi yang pasti menjadi klasik!
Pada 18 Disember, penerbit Raymond Wong, pelakon utama Donnie Yen dan Lynn Xiong akan berkunjung ke Malaysia untuk mempromosi filem Ip Man 3.
Filem Ip Man 3 diedarkan oleh Lotus Five Star dengan rakan promosi RAM Entertainment. Filem in diterbitkan oleh Raymond Wong, menampilkan Wilson Yip sebagai pengarah, Yuen Woo Ping sebagai pengarah aksi, dan membariskan pelakon handalan seperti Donnie Yen, Mike Tyson, Max Zhang, Karena Ng serta pahlawan lagenda Bruce Lee Ip Man 3 akan ditayangkan pada 24 Disember 2015.
Untuk lebih maklumat, ikuti RAM Entertainment di Facebook
Treler Ip Man 3 : https://youtu.be/a9fVYpTL-t0
Jadual Promosi Filem Ip Man 3 di Malaysia
18 Dis (Jumaat)
7.30mlm Sessi Bertemu Peminat,di Concourse, Level 2, Pavilion KL
9.00mlm Tayangan Gala di GSC Pavilion, Level 6.
19 Dis (Saturday)
12.00tgh Sessi Bertemu Peminat, di Concourse, Mahkota Parade Melaka
1.00ptg Tayangan Gala di LFS Cinema, Mahkota Parade