Syawal merupakan bulan untuk menerapkan rasa kasih, kesatuan dan juga nilai-nilai positif sesama kita. Selaras dengan ini, Tune Talk telah mengambil inisiatif untuk melancarkan lagu Hari Raya terbaru sempena musim perayaan ini bagi memeriahkan dan menceriakan suasana disamping menerapkan nilai-nilai murni. Lagu Hari Raya terbaru yang bertajuk #SyawalSW4G ini adalah bertepatan dengan misi Tune Talk untuk menjadikan tahun 2015 sebagai tahun inovasi dan muzik juga adalah antara elemen terbesar syarikat ini.
Lagu #SyawalSW4G ini akan dinyanyikan oleh Oh Chentaku (OCK), kumpulan genre rock yang telah berjaya meraih sokongan hebat dari kalangan para remaja. Di samping itu, lagu ini juga akan menampilkan De Fam, penyanyi kumpulan wanita di bawah pengurusan Tune Studios, yang telah baru-baru ini menakluki industri muzik tanah air dan muzik mereka giat dimainkan di corong-corong radio. Gandingan dua kumpulan ini dengan lirik dan rentak contemporari akan membawakan elemen baru untuk sambutan Aidilfitri pada tahun ini dan mungkin pada tahun-tahun yang akan datang.
Jason Lo, Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk berkata “Dengan penuh rasa berbesar hati, kami di Tune Talk ingin mempersembahkan kepada anda semua lagu Hari Raya terbaru yang bertajuk #SyawalSW4G, di mana dendangan lagu ini diharap akan menambahkan lagi kemeriahan suasana Aidifitri pada tahun ini. Lagu ini membawakan mesej positif dan diharap setelah mendengarnya, semua akan tersenyum dan rasa untuk berkongsi kegembiraan akan tercipta. Lagu ini merupakan sebuah hadiah istimewa daripada kami untuk anda semua dan diharap lagu ini akan menjadi inspirasi kepada para pendengar untuk memulakan langkah positif dalam hidup dan mengajak orang sekeliling kepada kebaikan!”
Lagu istimewa ini juga merupakan elemen penting dalam kempen yang Tune Talk sedang jalankan sepanjang bulan Ramadhan dengan misi untuk menggalakkan semua membina keyakinan diri positif supaya tindakan ini akan dijadikan inspirasi oleh orang-orang sekeliling. Kami ingin menerapkan perubahan yang baik dari segi penampilan dan juga sikap semua semua setelah mendengar dendangan lagu ini. Kami berharap #SyawalSW4G akan mengubah definisi Syawal urban kepada sesuatu yang lebih baik! Untuk maklumat lanjut mengenai kempen yang sedang dijalankan sila ke halaman Facebook Tune Talk : https://www.facebook.com/tunetalk ataupun www.tunetalk.com
Untuk menonton video klip #SyawalSW4G :
https://www.youtube.com/watch?v=pmfO_4uOK5o