(HIBURAN) Karya buku ‘My Stupid Boss’ ke layar perak

Spread the love

2MENTERJEMAHKAN karya buku ke skrin lebar bukan perkara mudah dilakukan mana-mana sebuah produksi filem. Apatah lagi adaptasi buku popular dan terlaris dari Indonesia yang diberi judul My Stupid Boss (MSB). Karya anak tempatan dari republik itu tulisan Chaos@work digarap dari empat jilid penerbitannya yang mula diterbitkan pada 2009 menjadi satu cereka yang sarat dengan elemen komedinya.

1Filem terbitan syarikat perfileman prolifik dari seberang, Falcon Pictures menjadi produk wajib tonton penggemar filem di negara ini apatah lagi ia menjalani penggambaran 100 peratus di Kuala Lumpur.

Tempoh 25 hari penggambaran dilakukan di negara ini bermula Oktober tahun lalu sudah pasti tidak terlepas menggunakan khidmat pelakon tempatan yang dipilih berdasarkan bakat dan populariti mereka.Antaranya seperti Atikah Suhaimie, Bront Palarae, Chew Kinwah dan Iskandar Zulkarnain.

7Manakala filem ke-15 terbitan Falcon Pictures dan kali pertama berkolaborasi bersama pelakon Malaysia ditunjangi pelakon berkaliber dari negara serumpun iaitu Bunga Citra Lestari, Reza Rahadian dan Alex Abbad.

Penerbitnya Frederica, berkata kesukaran menggabungkan empat novel kepada sebuah penceritaan menjadi hikmah buat mereka apabila usaha itu secara tidak langsung dapat menyatu persahabatan dua negara serumpun.

“Dari awalnya lagi kami sudah merancang untuk melebarkan jaringan pemasaran filem ke luar negara. Kami melihat industri perfileman  Malaysia antara negara yang semakin berkembang pesat dengan produktiviti sehingga mengembalikan semula keyakinan penonton berkunjung ke pawagam.

4Maka tidak hairanlah apabila industri perfileman dari seluruh dunia mengalami kemerosotan yang ketara, Malaysia masih berjaya mendapatkan kutipan yang memberangsangkan sejak akhir-akhir ini.

“Inilah sebabnya Malaysia menjadi negara pilihan untuk memperluaskan jaringan filem kerana saya percaya ia mampu memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

8“Sebagai penggiat filem, menjadi impian setiap syarikat produksi untuk membawa produk mereka merentasi sempadan.”Apatah lagi, Malaysia dan Indonesia adalah negara serumpun yang hidup berjiran dan mempunyai cita rasa serta budaya yang sama,” katanya yang dinobatkan sebagai Produser Terbaik pada Anugerah Filem Box Office Indonesia (IBOMA) 2016 di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.

5Tambah Frederica, proses adaptasi dari buku jujurnya bukan mudah untuk digabungkan sehingga menjadi satu cerita yang tidak lari dari kisah benar yang berlaku antara pekerja dan majikannya.”Meskipun ia realiti berlaku dalam kehidupan kita seharian, namun kesannya cukup mendalam apabila ia dipaparkan dalam bentuk komedi yang serius dan bukan dibuat-buat untuk menggelikan hati penonton.

9“Saya berbangga dengan lakonan semua pelakon Malaysia dan Indonesia yang memberikan 100 peratus komitmen dan bakat semulajadi mereka sehingga karya ini menjadi produk komedi antara yang terbaik pernah diterbitkan.”Menariknya, gabungan pelakon Indonesia dan Malaysia dipilih berdasarkan populariti mereka di negara masing-masing. Bunga Citra Lestari atau BCL dan Reza Rahadian mewakili Indonesia manakala Atikah Suhaimie, Bront Palarae serta Chew Kinwah pula membina reputasi yang meyakinkan di Malaysia.”Kami juga melantik syarikat perfileman berpengaruh iaitu Skop Production Sdn Bhd sebagai pengedar filem ini di seluruh pawagam di Malaysia,” katanya yang berpuas hati dengan kerjasama diberikan semua pihak sepanjang menjalani penggambaran di negara ini.

14Falcon Pictures pernah menerbitkan beberapa filem pecah panggung seperti Comic 8, Comic 8; Casino King, Haji Backpacker, Coboy Junior The Movie, Sejadah Ka’bah dan banyak lagi.

Filem ini juga akan ditayangkan serentak di empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei bermula 19 Mei ini.

                      Cast & Director

                        —————-

  1. Reza Rahadian

“Saya menciptakan sendiri karakter bossman. Seorang lelaki yang berkerjaya dalam lewat usia dan memiliki perwatakan yang aneh menjadikan ia bahagian yang paling susah untuk saya lupakan.

Dari mulai cara saya bercakap, berjalan dan tertawa, itu cukup aneh dan saya yakin watak itu pasti diingati penonton”.

  1. Bunga Citra Lestari

“Filem My Stupid Boss menjadi pertaruhan saya dalam industri perfileman Indonesia. Setelah kali terakhir 4 tahun lalu menerusi filem Habibie & Ainun, saya kembali di pawagan menerusi filem My Stupid Boss.Memang ada beberapa filem lagi, tapi belum ditayang. Semoga filem My Stupid Boss boleh menandingi kejayaan filem lakonan saya sebelum ini.

  1. Upi

“Jika dibandingkan dengan genre filem lain yang pernah saya buat, My Stupid Boss  paling susah untuk digarap. Persoalannya filem ini dibuat tanpa dialog yang lucu, tapi penonton diharap dapat menangkap kelucuannya. Ini filem komedi yang bukan dibuat-buat. Malah untuk membuat penonton ketawa bukan mudah sebab itu saya mengatakan filem ini sangat susah tetapi saya puas”.

  1. Chew Kinwah

”Ekspetasi saya terhadap filem ini sungguh tinggi karena BCL dan Reza punya fan base tidak hanya di Indonesia tapi juga di Malaysia, singapura dan Brunei. Selain itu, Atikah Suhaime, Bront Palarae dan Iskandar Zulkarnaen pun mempunyai fanbase yang setia di Malaysia dan Singapura. Saya harap filem ini akan berjaya,” katanya yang pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama pada Anugerah Skrin 2014 ini.

  1. Bront Palarae

“Ini kolaborasi barisan pelakon Indonesia dan Malaysia yang bagus. Kami berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan filem ini berjaya bukan hanya di Indonesia dan Malaysia saja, tetapi juga di Singapura dan Brunei,” kata penerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama di Festival Filem Malaysia ke-23 pada 2010.

  1. Atikah Suhaime

“Melihat sambutan penonton yang datang ke premier My Stupid Boss di Jakarta, Indonesia baru-baru ini saya sangat bangga. Memandangkan saya berasal dari Singapura, ramai peminat dari negara kelahiran saya sering bertanya melalui instragram mengenai filem ini yang mereka sudah tidak sabar untuk menontonnya. Bagi saya,cerita didalamnya pun sangat universal yang sesuai untuk penonton dari seluruh dunia.

  1. Iskandar Zulkarnain

 ” Saya biasa melakonkan watak antagonis dalam filem dan drama dan filem ini menjadi genre komedi pertama saya. Peminat saya juga sudah tidak sabar menantikan filem My Stupid Boss ini. Ini kerana mereka belum pernah melihat saya melakonkan watak komedi dengan karektor islamik yang gila-gila. Cabaran besar bagi saya adalah untuk mewujudkan mimik muka seperti yang akan anda lihat di dalam filem ini”.

                            Sinopsis

                            ———-

MENGISAHKAN Diana lakonan Bunga Citra Lestari yang harus mengikuti suaminya, (Alex Abbad) berpindah dan bekerja di negera jiran iaitu Malaysia. Di sana, Diana terpaksa mencari pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka dan bekerja di sebuah pejabat yang memiliki pekerja dari pelbagai negara. Konflik berlaku apabila Diana terpaksa berhadapan dengan majikannya, Bossman yang juga berasal dari Indonesia (Reza Rahadian). Bossman  memiliki tingkah laku yang pelik tetapi karakternya melucukan.

Bossman memiliki prinsip yang luar biasa, berbeza dengan majikan lain. Di pejabatnya, tiada peraturan dan sistem yang jelas dalam pengurusan syarikat membuatkan urusan harian menjadi huru-hara. Bossman mempertahankan prinsip tersendiri iaitu ‘Bossman Always Right’.

Setiap keinginannya harus dituruti semua pekerjanya. Di situ, Diana mula mengenali rakan setugasnya iaitu Norahsikin lakonan Atikah Suhaimie, Adrian (Bront Palarae), Azhari (Iskandar Zulkarnain) dan Mr.Kho (Kinwah Chew) yang banyak memberi nasihat untuk berhadapan dengan Bossman.

Info Produksi

————–

Terbitan: Falcon Pictures. (Indonesia)

Kerjasama: Madness Films Sdn Bhd (Malaysia)

Edaran: Skop Productions Sdn Bhd (Malaysia)

Penerbit:  HB Naveen & Frederica

Pengarah: Upi

Genre: Komedi/ Drama

Durasi: 107 minit

Pelakon Malaysia: Atikah Suhaimie, Bront Palarae, Chew Kinwah dan Iskandar Zulkarnain.

Pelakon Indonesia: Reza Rahadian, Bunga Citra Lestari dan Alex Abbad

Lokasi Penggambaran: Kuala Lumpur

Tarikh Tayangan: 19 Mei 2016

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *