(HIBURAN) Keluarga Allahyarham Yazit Search terima sumbangan ikhlas RM10,000

Spread the love

29 Jun 2024 – Konsert Search Gemuruh di Zepp Kuala Lumpur di sini, malam tadi telah menempa satu simbolik penghargaan apabila Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil melalui wakilnya, Izhar Yusof menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada keluarga pemuzik legenda yang merupakan bekas pemain dram kumpulan Search iaitu Allahyarham Yazit Ahmad.

Penaja konsert, Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO), redONE Mobile bersama penganjur, Big Stage Entertainment turut juga menyampaikan cek bernilai RM5,000 kepada keluarga Allahyarham Yazit yang diwakili isteri, Ramlah Ahmad dan anak ketiga, Shafiqa Nurlis menjadikan keseluruhan sumbangan adalah berjumlah sebanyak RM10,000 sempena penganjuran Konsert Search ‘Gemuruh’ yang berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur.

Pada konsert lebih dua jam itu, Amir bergabung bersama maestro gitar, Noordin Mohd Taib (Din) dan Hamzah Mohd Taib (Kid) menyajikan 17 lagu hit Search dalam persembahan dinamik di hadapan kira-kira 2,000 peminat.

Acara istimewa itu turut menampilkan jemputan khas termasuk Ritz Metalasia, Muzza, Addy Cradle, Rozario Rasul, Ujang Exist, Fly Halizor dan Jovita Pearl (X Factor Indonesia).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *