(HIBURAN) KISAH CINTA TRAGIS DALAM ‘FANNA’

Spread the love

KUALA LUMPUR, 22 SEPTEMBER 2023 – Malam Gala Tayangan Perdana Filem Fanna yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada industri filem tempatan. Filem yang diterbitkan oleh JAGUAR LIM FILMS ini membawa kelainan dengan mempamerkan aksi dunia pemotoran dalam kalangan wanita dan gangsterisme yang berkonsepkan mafia.

Filem yang diterbitkan oleh JAGUAR LIM FILMS & PRODUCTION (M) SDN BHD serta edaran METROWEALTH menzahirkan setinggi ucapan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL ( KKD ) MELALUI PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA ( FINAS ) ATAS DANA KANDUNGAN DIGITAL ( DKD ) demi memastikan FILEM FANNA dapat menemui penonton di pawagam dengan jayanya.

Pelakon hebat seperti Syafie Naswip, nama yang tidak asing lagi dalam Industri Filem Tanah Air teruja apabila dipilih sebagai peneraju utama dan bergandingan bersama Fify Azmi, pelakon wanita yang mempunyai kemahiran melakukan babak aksi. Filem ini turut menampilkan Colleen Rosanna Augustin, Rashid Salleh, Andy Black Tan dan ramai lagi.

Filem Fanna berkisarkan tentang Fanna, seorang gadis yang menghidap kanser, menemui cinta pertamanya dengan anak ketua kongsi gelap, Shafik. Malangnya cinta mereka mula berputik di penghujung nyawa Fanna apabila kansernya menyerang dengan lebih ganas. Shafik yang menyedari dia telah jatuh cinta kepada Fanna berusaha menyelamatkan diri daripada dibunuh akibat pergaduhan kongsi gelap yang tercetus. Keadaan menjadi lebih parah apabila Black, adik kepada ketua kumpulan saingan itu dibunuh sewaktu Shafik cuba menyelamatkan Fanna daripada diculik oleh Black. Menyedari bahaya yang menanti, Shafik dan Fanna melarikan diri ke tempat persembunyian di luar negara.

Pihak penerbit filem Fanna mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang diberikan secara langsung mahupun tidak langsung dari semua pihak terutamanya media cetak, media elektronik, rakan blogger, serta penggiat filem tempatan. Oleh itu, pihak penerbit menyeru semua penonton untuk menyaksikan filem Fanna di pawagam pada 28 SEPTEMBER 2023!

Sebarang        maklumat       lanjut,             sila      layari laman web     rasmi Filem Fanna             di https://fannamovie.com/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *