(HIBURAN) KKBOX MENAWARKAN PERKHIDMATAN MUZIK TANPA HAD DENGAN HARGA SERENDAH RM1 SEHARI!

Spread the love

Picture 2

KKBOX, menetapkan kehadirannya di Asia sebagai sebuah penyedia perkhidmatan langganan muzik digital utama, dengan mengumumkan pelan pembayaran harian, mingguan, bulanan dan suku tahunan, yang hanya boleh didapati di Malaysia dan direka khas buat penggemar muzik. Dengan pelan harga serendah RM1, para pengguna kini boleh menikmati muzik tanpa had, dan juga akses koleksi muzik melalui telefon pintar, komputer peribadi dan tablet di atas dan di luar talian. Picture 1

Dengan mewujudkan ‘citarasa tempatan’ dalam kesemua kandungannya yang didapati secara dalam talian (online) melalui Antarmuka Pengguna atau User Interface (UI) baru berdedikasi yang menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya, KKBOX memperkenalkan ciri-ciri dan aktiviti-aktiviti unik untuk para pengguna dimana mereka dapat berinteraksi, berkongsi muzik dan bernyanyi bersama-sama dengan artis tempatan yang paling disayangi.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif KKBOX, En. Chris Lin berkata, “Kami percaya dalam merapatkan hubungan pegguna melalui muzik kegemaran yang dikongsi, dan kami sentiasa membandingkan prestasi dengan saingan melalui pengenalan sebuah perkhidmatan muzik yang lain. Sebagai sebuah syarikat yang telah berkembang ke pelbagai negara, kami yakin bahawa cara terbaik
untuk melibatkan pelanggan tempatan adalah dengan mengatasi halangan, dan membenarkan muzik untuk berbahasa!”

“Sebahagian daripada usaha kami dalam menyetempatkan kandungan, KKBOX kini bekerjasama dengan label mejar dan indie, serta Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Perlindungan Karya Hak Cipta Muzik Malaysia (MACP).”

Antara ciri-ciri menarik yang boleh didapati di KKBOX adalah ‘Lirik Bergerak’, di mana pengguna boleh menikmati pengalaman berkaraoke serta merta dengan menukarkan peranti mereka menjadi sebuah peti muzik karaoke mudah alih. Selain itu, ciri bernama ‘Dengar Bersama’ disediakan dimana pengguna dan artis dapat mendengar muzik secara lansung bersama-sama, dan berinteraksi dengan lebih mesra melalui perbualan social dan perkongsian muzik. Sejauh ini, KKBOX telah bekerjasama dengan lebih dari 1000 artis merentasi Asia seperti FTISLAND, Mayday dan Jay Chou. Tidak lama lagi, artis-artis Malaysia kegemaran pengguna juga akan dilibatkan dalam ciri istimewa ini.

KKBOX juga berfungsi sebagai sebuah platform yang menyediakan pelbagai kandungan editorial khas untuk pasaran tempatan. Ini membolehkan pengguna-pengguna Malaysia untuk mengakses berita muzik terkini, temubual eksklusif bersama artis, ulasan album dan konsert, serta ulasan langsung.

Sejak pelancarannya yang pertama di Taiwan 10 tahun lalu, lalu berkembang luas ke Hong Kong, Singapura, Jepun, Thailand, dan Malaysia – KKBOX kini telah berjaya mencipta nama sebagai perintis muzik di pasaran muzik atas talian (online). Dengan lebih daripada 10 juta pengguna berdaftar, KKBOX memiliki pustaka muzik gergasi yang menampilkan adunan lebih 10 juta lagu daripada lebih 500 label antarabangsa dan tempatan.

kkbox rate

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi KKBOX Malaysia di www.kkbox.com dan Facebook Page rasmi: KKBOXMalaysia. Let’s music!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *