(HIBURAN) Konsert Gemilang 2012 Jamal Abdillah, Dato’ Khadijah Ibrahim & Datuk (Dr) Ahmad Nawab Melabuhkan Tirai

Spread the love

Konsert Gemilang 2012 melabuhkan tirai persembahan mereka pada sabtu lepas di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre.  Konsert yang   menampilkan tiga nama besar dalam arena seni suara tempatan iaitu Jamal Abdillah, Dato’ Khadijah Ibrahim dan Seniman Negara, Datuk (Dr) Ahmad Nawab ini telah berlangsung di tiga buah lokasi berbeza iaitu di Kuantan, Singapura dan Kuala Lumpur. Konsert ini akan berlangsung sepanjang 29 September hingga 13 Oktober 2012. Menerusi Konsert Gemilang, ketiga-tiga nama besar ini akan berkongsi segala nostalgia dan pengalaman yang telah mereka lalui sepanjang tempoh lebih 30 tahun begelar anak seni. Selain itu, mereka turut akan berkongsi segala lagu-lagu hits yang telah menjadikan mereka sebagai legenda industri musik tempatan. Konsert terakhir yang  berlangsung di Kuala Lumpur ini dihadiri oleh jemputan kenamaan seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri turut Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Datuk Astaman Abd Aziz. Konsert yang amat menghiburkan ini berlangsung hampir 3 jam  dimana disetiap  lagu diselang-selikan dengan cerita dan jenaka mengenai penglibatan mereka bertiga semasa menjadi artis.

Pihak Galaksi Media Online ingin berkongsi beberapa fakta menarik mengenai konsert 3 lagenda hiburan ini :

  • Nama sebenar Datuk (Dr) Ahmad Nawab ialah Ahmad Khan bin Nawab Khan
  • Datuk (Dr) Ahmad Nawab mula belajar muzik pada umur 15 tahun
  • Datuk (Dr) Ahmad Nawab mula bermain saksofon pada umur 18 tahun
  • Datuk (Dr) Ahmad Nawab telah diberi penganugerahan sebagai “Seniman Negara Ke-7
  • Datuk (Dr) Ahmad Nawab  yang pernah berkhidmat dengan Orkestra RTM selama 17 tahun, telah memenangi banyak anugerah dan antaranya Anugerah Merak Kayangan (Lagu Terbaik) bagi lagu ciptaan pertamanya Bintang Malam pada 1980.
  • Lagu “Malaysia Truly Asia”  dicipta untuk Malaysia Tourism Board telah dirakam ke dalam 18 bahasa yang berbeza.
  • Datuk (Dr) Ahmad Nawab telah menulis hampir 2000 buah lagu
  • Dato’ Khadijah Ibrahim berada dalam industry muzik selama 33 tahun.
  • Dato’ Khadijah Ibrahim dicungkil bakatnya oleh Datuk (Dr) Ahmad Nawab pada umur 18 tahun.
  • Dato’ Khadijah Ibrahim merupakan artis wanita pertama Warner Music di Kuala Lumpur.
  • Lagu Rindu Ku Rindu Mu dicipta untuk mendiang Broery Marantika.
  • Dato’ Khadijah Ibrahim  turut membawakan lagu abangnya, arwah Latiff Ibrahim iaitu Pilihlah Aku bersama anak saudaranya, Firdaus
  • Dato’ Khadijah Ibrahim  berduet dengan anaknya Siti Hajar Aisyah.
  • Pada tahun 1984, Dato’ Khadijah Ibrahim merakam 1 album sendiri  tanpa penglibatan Datuk (Dr) Ahmad Nawab disebabkan beliau terlalu sibuk dengan album Shidee dan Ramlah Ram.
  • Datuk (Dr) Ahmad Nawab  mempersembahkan satu lagu solo berentak latin bertajuk “ Nawab Samba”
  • Datuk (Dr) Ahmad Nawab  dan Jamal Abdillah berkolaborasi  untuk lagu “ Jeritan Batin Ku”
  • Pada tahun 1979, Jamal Abdillah memenangi Bintang RTM dan datang berjumpa Datuk (Dr) Ahmad Nawab untuk membantunya menjadi artis rakaman.
  • Jamal Abdillah berduet dengan Dato’ Khadijah Ibrahim  untuk lagu “ Seiring dan Sejalan”
  • Konsert ini juga turut dihadiri oleh anak didik  Datuk (Dr) Ahmad Nawab  antaranya Othman Hamzah, Salamiah Hassan dan Salimah Mahmod.
  • Datuk Ramli MS menjadi pemuzik jemputan bagi konsert ini.
  • Jamal Abdillah menyampaikan lagu-lagu popularnya Aku Penghibur, Perjalananku, Berdendang Dalam Tangisan, Kau Lupa Janji, Terharu dan Gadis Melayu.
  • Datuk (Dr) Ahmad Nawab memainkan muzik lagu-lagu seperti Rindumu Rinduku, Nawab Samba, Antara Aku Dan Dia, Bintang Malam, Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Bila Rindu Ku Sebut Namamu,Antara Matamu Dan Mataku, Nadi Cinta, Bossanova dan Kasih.
  • Penyanyi latar konsert terdiri dari anak-anak serta anak saudara Dato’ Khadijah Ibrahim.
  • Dato’ Khadijah Ibrahim mempersembahkan lagu antaranya ialah Mengapa Aku Disalahkan, Janjimu, Peristiwa Di Bulan November dan Mengenang Dikau Kembali.
  • Persembahan bertenaga tiga bintang ini yang menampilkan sebanyak 24 buah lagu secara keseluruhan yang bermula pada jam 9 malam.

Performance Setlist:

1. Nawab’s Theme (Datuk Ahmad Nawab)

2. Hari Ini Tak Seindah Semalam (Datuk Ahmad Nawab)

3. Potret Kasih (Khadijah Ibrahim)

4. Tangisan Hati Yang Derita (Khadijah Ibrahim)

5. Ku Gembira Di Sampingmu (Khadijah Ibrahim)

6. Rindumu Rinduku (Datuk Ahmad Nawab & Yusof Chobib)

7. Medley Jamal Abdillah

– Di Mana Bayanganmu

– Sepi Seorang Perindu

– Hilanglah Rinduku

– Keluhan Perantau

– Antara Yakin dengan Curiga

8. Seniman Menangis (Jamal Abdillah & Datuk Ahmad NAwab)

9. Nawab Samba (Datuk Ahmad Nawab)

10. Antara Aku Dan Dia (Datuk Ahmad Nawab)

11. Mengapa Aku Disalahkan (Khadijah Ibrahim)

12. Janjimu (Khadijah Ibrahim)

13. Peristiwa Di Bulan November (Khadijah Ibrahim)

14. Mengenang Dikau Kembali (Khadijah Ibrahim)

15. Nora (Firdaus)

16. Pilihlah Aku (Khadijah Ibrahim & Firdaus)

17. Medley Jamal Abdillah

– Aku Penghibur

– Perjalananku

– Berdendang Dalam Tangisan

– Kau Lupa Janji

– Terharu

– Gadis Melayu

18. Medley Datuk Ahmad Nawab

– Bintang Malam

– Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu

– Bila Rindu Ku Sebut Namamu

– Antara Matamu dan Mataku

– Nadi Cinta

– Bossanova

– Kasih

19. Ku Pendam Sebuah Duka (Khadijah Ibrahim)

20. Godaanku (Khadijah Ibrahim)

21. Ku Sangka Siang Kiranya Malam (Khadijah Ibrahim)

22. Jeritan Batinku (Jamal Abdillah)

23. Sabar Menanti (Khadijah Ibrahim, Jamal Abdillah, Ahmad NAwab)

24. Seiring Sejalan + Oh Di Mana (Khadijah Ibrahim, Jamal Abdillah, Ahmad NAwab)

Pihak GMO ingin berkongsi foto-foto menarik semasa persembahan berlangsung, kredit foto AMG Networks (M) Sdn Bhd (penganjur):

 

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *