Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Istana Budaya (IB) akan mengadakan Konsert Gemilang UUM 2013 bersempena hari pengasasan ke 29 UUM pada 12 Mei ini di Dewan Mu’adzam Shah, jam 8.30 malam. Konsert ini bakal dijayakan oleh gabungan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dan pemuzik UUM di bawah pimpinan konduktor Yazid Zakaria.
Konsert ini bakal diserikan dengan persembahan artis tanah air seperti Nora, Black dan Adira selain pelajar-pelajar UUM sendiri. Kupon untuk menyaksikan konsert ini boleh didapati dengan harga RM20 sahaja. Sebarang maklumat mengenai konsert ini boleh berhubung dengan Pusat Budaya dan Seni UUM di talian 04-9285815/049285842