Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia & Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia Indonesia (YIRMI) telah menganjurkan Konsert Nusantara 2013 bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert ini telah dilancarkan oleh YB Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia YB Dato’ Seru Utama Dr Rais Yatim bersama wakil Bapak Menteri Kebudayaan Indonesia. Konsert ini akan berlangsung pada 7 – 9 Mac 2013, 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya. Persembahan kebudayaan dari Indonesia melibatkan suku kaum bangsa Bugis, Batak, Mandailing, Boyan dan Minangkabau dan artis popular yang turut serta ialah Elly Kassim, Rossa dan Endang S Taurina. Manakala persembahan kebudayaan dari Malaysia pula adalah Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Yusni Hamid, Dato’ M. Nasir, Ziana Zain, Hafiz, Black, Stacy, Bob Yusof dan Yazer.
Konsert Nusantara
Tarikh : 7 – 9 Mac 2013
Masa : 8.30 malam
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya
Tiket : RM50, RM70, RM100, RM150, RM200, RM250, RM300, RM350
Persembahan
Artis pada 7 Mac: Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Yusni Hamid, Hafiz, Bob, Yazer, Rossa, Elly Kassim, Endang S. Taurina
Artis pada 8 Mac: Black, Stacy, Bob, Yazer, Elly Kassim, Endang S. Taurina
Artis pada 9 Mac: Dato’ M. Nasir, Ziana Zain, Bob, Yazer, Elly Kassim, Endang S. Taurina
Maklumat Lanjut: 03-8775 4666